CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Dowanna Nafi Ambil Jalan Pintas, Ganti Puasa Untuk Turun 20kg – ‘Saya Tak Ada Potong Usus’

23-1-2025 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10887| Komen: 23



Pelakon, Bella Dowanna menafikan dirinya mengambil keputusan untuk turunkan berat badan kerana kecewa dalam percintaan.

Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla “Bella” Dowanna Halim berkata, dia mula menguruskan berat badan selepas menjalani pembedahan lutut pada tahun 2023.

Tidak (frust) sama sekali. Apa yang mendorong saya untuk kurus ialah apabila saya tak disuruh untuk kurus.

Sebab, kalau orang ‘tekan-tekan’ atau paksa saya untuk kurus, lagi lah saya macam malas nak kuruskan badan.

Selain itu, bila saya jalani pembedahan lutut 2023 lalu, ada yang komen saya sakit lutut sebab badan berat sangat dan itu yang membuatkan paling saya rasa terkesan.

Tambah Bella, dia juga tidak mengambil jalan pintas untuk menurunkan berat badannya.

Saya tak ada ambil jalan pintas untuk kurus seperti potong usus dan sebagainya. Kalau saya boleh tunjuk perut, saya tunjuk.


Dah banyak kali dah masuk hospital bedah itu, bedah ini lepas itu nak potong usus? Tak apalah, terima kasih.

Bella berkongsi perkara tersebut ketika majlis tayangan perdana filem ‘Soloz: Game Of Life’ yang diadakan di GSC, The Starling pada Isnin.

Dalam pada itu, Bella memaklumkan dia begitu seronok menurunkan berat badan kerana proses tersebut dilakukan atas kerelaannya sendiri.

Bila saya nak buat sesuatu itu dengan rela hati, saya akan lagi rasa seronok dan ‘enjoy’ buat proses itu.

Contoh, sesetengah orang dia akan ada target untuk turun berapa kilogram dalam masa dua atau tiga bulan, benda itu akan buatkan kita stres dan akan dera diri kita sebenarnya.

Ketika ditanya apakah yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan, pelakon filem ‘M4M4’ memaklumkan dia mengawal pengambilan gula serta banyak mengganti puasa.


Saya tak adalah kurus secara drastik pun sebenarnya dah setahun lebih dah ‘journey’ saya untuk kurus.

Dalam masa setahun lebih itu, berat badan saya turun sebanyak 20 kilogram (kg).

Saya amalkan makan sekali sehari saja dan banyakkan puasa ganti. Daripada korang buat ‘One Meal A Day’ (Omad Diet) lebih baik korang buat puasa ganti yang lepas-lepas itu.

Dalam masa yang sama dapatlah juga pahala tu kan? Selain itu, saya kurangkan pengambilan gula dan juga banyak buat senaman.


Terdahulu, Bella mencuri perhatian wargamaya selepas video perubahan berat badannya mula tular di TikTok.

Sumber : Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 23-1-2025 04:49 PM
gemuk lawa kurus pun lawa
Quote pembacagosip 23-1-2025 05:25 PM
cantik dik
Quote kukukatablog 23-1-2025 05:28 PM
gemuk dia pon x la gemuk sangat
selepas aku google rupa dia sebelum
sbb x kenal
Quote melinda_kerr 23-1-2025 06:14 PM
cantiknya rambut die... rasa nya die lawa berisi skit.
Quote pocongkiutss 23-1-2025 06:26 PM
Dia ni memula kurus..kira sedang2 la kan..pasti tetibah naik mcm dipam2 badannya..ni dh kuwus balik bagus le..awok tu cantik
Quote cicicumel 23-1-2025 06:27 PM
Bila nk jd lead drama?
Quote Shayang 23-1-2025 06:28 PM
Pergh lawa dik
Baru sesuai dgn umur
Btw dia ni lawa jd saiz dia besar mana pun dia tetap nampak lawa
Cuma bila slim lebih nampak kemas laa pakai baju baggy pun tak nampak seronyeh
Quote Lily_Elizabeth_ 23-1-2025 08:40 PM
Lawa!!!!
Quote habisnamadahni 23-1-2025 08:56 PM
suka tgk dia berisi..comel..kurus pun lawa jgk
Quote jihyomelly 23-1-2025 09:19 PM
lawa..berisi lawa kurus pun lawa dik,,
Quote anilanil 23-1-2025 09:56 PM
Awak flexible dik. Gemuk lawa, kurus pon lawa
Quote Zezo 23-1-2025 10:28 PM
Happy wei tgk dia kurus jd cantik. Kalau dia turun secara naturally, elok ambil dia as duta utk bg semangat ktrakyat Malaysia utk kurus. Skrg ni, aku keluar je.. tu diaaaa.. ramai yer besar obese. Dgn lebih 50% rakyat Malaysia gemuk ni.. risau betul..

Quote Sazreena 23-1-2025 10:43 PM
Dia ni kategori berisi tapi lawa dan x kepam. Masa dia form 4 centu berlakon ceta ngan abil tak silap, badan dia kira besar la jugek utk budak sekolah. Asal sihat dah la dik. Yg penting berlakon x supa kayu..eh.
Quote Madison00 23-1-2025 11:18 PM
Muka dia comel , style pun kena je time berisi ke kurus
Quote Akalditipumata 23-1-2025 11:20 PM
Dia ni cntik.. ke frust dgn spe ke yg sore ala2 sukri yahya tp muka mcm zizang..
Quote KakRumiMenari 23-1-2025 11:21 PM
Wowww budak tebing dah slim
Quote pearl.silver 23-1-2025 11:29 PM
Sejak tau ada ubat kurus yg cucuk mcm insulin tu

I nk teka depa amik ubat tu
Termasuk zulin aziz
Quote Rhyno 23-1-2025 11:42 PM
She's a good actress...layak dapat watak lead dalam drama dan filem...
Quote ohsoyaya 24-1-2025 12:25 AM
Lawo lawo lawo

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057470 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top