CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu padi dan beras perlu dirujuk pihak berautoriti - KPKM

23-1-2025 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26249| Komen: 1

 

KUALA LUMPUR: Langkah yang bakal diambil bagi memastikan keberadaan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran akan dimaklumkan selepas perincian mengenainya dipersetujui kerajaan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan, setiap isu berkaitan padi dan beras di negara ini perlu dirujuk kepada pihak berautoriti supaya rakyat mendapat maklumat yang tepat.

"KPKM sentiasa komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh.

"Ia bagi memastikan peningkatan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah dan menjamin bekalan beras negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

KPKM mengulas kenyataan Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang akan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan portfolio urusan padi dan beras negara di bawah NACCOL buat sementara waktu.


Selasa lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, berkata beliau akan mengemukakan permohonan itu pada sidang Dewan Rakyat yang bermula 3 Februari ini bagi mencari penyelesaian kepada isu padi dan beras dalam negara, yang dikatakan berlarutan sejak dua tahun lalu.

Katanya, beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, selepas didakwa gagal diselesaikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau turut mempersoalkan cadangan penjualan beras campuran bagi mendepani kekangan pengilang, khususnya Bumiputera yang tidak dapat menjual BPT pada kadar RM26 bagi kampit 10 kilogram (10 kg).

Beliau mwndakwa isu jualan beras campuran sudah lama berlaku, yang menjadi punca kehilangan BPT di pasaran.

Sumber : - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 2-2-2025 01:04 PM
All talk no work.  Last2 rakyat kebulor..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.084418 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top