CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Operasi bersama banteras rasuah di JKDM akan diteruskan - Ketua Pengarah Kastam

23-1-2025 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26665| Komen: 14

 


KUALA LUMPUR: Operasi strategik bersama agensi penguat kuasa lain bagi membendung rasuah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan terus dilaksanakan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, berkata pihaknya secara konsisten tidak berkompromi dengan sebarang bentuk atau isu berkaitan rasuah, pelanggaran integriti, salah laku membabitkan anggota serta pegawainya.

Menurutnya, tindakan banteras sindiket seludup rokok elektronik menerusi Op Airways bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah hasil kolaborasi strategik bersama Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM.

"Ini adalah semak dan imbang ke atas proses import dan eksport. Kita akan teruskan operasi-operasi strategik dalam pelbagai aspek bagi membersihkan jabatan ini berhubung isu rasuah. Ini tekad saya bagi memastikan JKDM bebas daripada rasuah," katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.


Anis Rizana berkata, pihaknya terbuka untuk bekerjasama rapat dengan agensi lain bukan sahaja SPRM, tapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan lain-lain.

"Koloborasi bersama agensi lain ini akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan JKDM bersih dari jenayah rasuah," katanya.

Semalam media melaporkan, SPRM membongkar sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai membabitkan rokok elektronik (vape) dengan ketirisan mencecah hampir RM8 juta.

Ia selepas SPRM menahan dua lori mencurigakan ketika keluar dari Pusat Pemeriksaan Kargo KLIA petang semalam.

Hasil pemeriksaan menemukan 32,000 unit rokok elektronik bernilai RM 1.9 juta yang tidak diikrar dalam lori berkenaan.

Serentak itu, serbuan secara besar-besaran dilakukan di dua gudang penyimpanan syarikat-syarikat berkenaan.

Susulan itu enam pegawai kastam dan lapan orang awam termasuk enam pengarah syarikat ditahan dalam operasi sekitar KLIA dan ibu negara petang semalam.


Sumber : - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 24-1-2025 12:01 AM
Edisi siasat kirim salam.
Quote Momohizan 24-1-2025 02:22 AM
Her lippie, I kennot brain.
Quote azimie 24-1-2025 04:14 AM
cmne eh dia tebalkan muka dh dilondeh habisan by edisi siasat ek
Quote jejah 24-1-2025 07:13 AM
purple engkoo lipstik. matching dgn beret ke itewww
Quote zehra2 24-1-2025 07:17 AM
datuk anis ni nama popular dlm edisi siasat tu.. kes officer yg kena urut kaki
Quote supernaturalee 24-1-2025 08:25 AM
azimie replied at 24-1-2025 04:14 AM
cmne eh dia tebalkan muka dh dilondeh habisan by edisi siasat ek

iol dh lm tak jenguk sanammg tak tau ape yg dilondehkan tu
so bila keluar berita psl serbuan ni
nmpk sheols btl2 buat keje
sama dgn ramai org kt luar sn yg tak singgah ES tu

point is ape yg didedahkan kt sn belum tentu akn ada tindakan lanjut selagi tak viral


Quote lightheaded67 24-1-2025 08:35 AM
Momohizan replied at 24-1-2025 02:22 AM
Her lippie, I kennot brain.

kan. tp style dia gamaknya
Quote venom1 24-1-2025 09:03 AM
Lepas ni untuk pemeriksaan lori dagangan di KLIA Free Zone akan diambil alih oleh Agensi Kawalan dan Penguatkuasaan Sempadan (AKPS). Kastam akan fokus kepada Hasil Tak Langsung Negara.
Quote kaseh80 24-1-2025 09:23 AM
Lain maciam
Quote yenil95 24-1-2025 02:54 PM
iols sokong jer orang yang buat kerja betul-betul ni.

Moga terus maju jaya ye KP Kastam.
Quote A-Are 24-1-2025 02:59 PM
Momohizan replied at 24-1-2025 02:22 AM
Her lippie, I kennot brain.

sama color dgn berret dia..hihi
Quote Momohizan 25-1-2025 04:51 PM
A-Are replied at 24-1-2025 02:59 PM
sama color dgn berret dia..hihi

KP ni dah ubah ke garis panduan n kod etika berpakaian Jabatan Kastam?
Quote primarikey 25-1-2025 05:56 PM
Kt ES nama glemer dia anis yg tak manis
Quote bottombikini 26-1-2025 08:33 AM
mak oi...mokcik ni gothic veteran

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.129473 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top