CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai penduduk tinggalkan New Zealand sejak awal tahun lalu, petanda kelemahan ekonomi

24-1-2025 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16517| Komen: 23

 


WELLINGTON: Bilangan penduduk meninggalkan New Zealand mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 12 bulan hingga November lalu.

Keadaan itu secara langsung menjadi antara petanda kelemahan ekonomi negara terbabit yang memasuki kemelesetan teknikal pada suku ketiga 2024.

Data Statistik New Zealand semalam menunjukkan seramai 127,800 orang meninggalkan negara itu dalam tempoh 12 bulan, meningkat 28 peratus berbanding tempoh sama, tahun sebelumnya.

Mengikut data itu, lebih 50 peratus daripada jumlah yang meninggalkan negara berkenaan adalah warga New Zealand.

Negara dengan hanya 5.3 juta penduduk itu menyaksikan kemelesetan ekonomi sejak beberapa tahun lalu, apabila bank pusat menaikkan kadar tunai rasmi untuk meredakan inflasi yang tinggi.

Penghijrahan itu bagaimanapun terus diimbangi kemasukan migrasi ke New Zealand.

Statistik New Zealand melaporkan migrasi bersih, iaitu bilangan orang berhijrah ke New Zealand secara tetap berbanding jumlah meninggalkan negara itu, mencatatkan angka 30,600 dalam tempoh 12 bulan hingga November lalu.

Migrasi bersih mencapai kemuncaknya dalam tempoh 12 bulan berakhir Oktober 2023, membabitkan seramai 135,700 orang.

Sementara itu, ahli ekonomi kanan di Westpac, Michael Gordon, berkata ramai datang ke New Zealand demi peluang pekerjaan dan mereka memilih untuk meninggalkan negara terbabit apabila peluang berkenaan berkurangan.

"Ia berkaitan peluang pekerjaan, terutama di sini (New Zealand) berbanding Australia. Ekonomi Australia masih berjalan dengan agak kukuh.

"Terdapat lebih banyak peluang (pekerjaan) di sana (Australia) sekarang, jadi kita melihat aliran keluar rakyat Kiwi (New Zealand) yang agak tinggi," katanya.

Mengenai migrasi bersih, Gordon berkata, angka itu kembali kepada purata, selain akan menyokong ekonomi negara dalam jangka panjang.

"Bagi sebahagian besar penduduk dunia, New Zealand adalah tempat menarik untuk didiami.

"Namun, bagi kami (rakyat New Zealand), ada tempat lain yang dilihat lebih menarik (untuk didiami) seperti Australia, atau berpindah ke Amerika Syarikat (AS) mahupun United Kingdom," katanya. - REUTERS

Sumber : - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 24-1-2025 09:32 AM
geng2 penyembah nabi boleh la ajak ramai lg penganut ke sana
Quote izwan_izi 24-1-2025 03:08 PM
Yg pegang sepanduk tu..mcm muka tipikal C-bukit je...patut la tanak bercakap bahasa Maori..
Quote tungkai 24-1-2025 03:41 PM
Org NZ nak keluar, org luar plak masuk
Quote juruterra 24-1-2025 04:11 PM
anak sedara iols grad sana kata senang je dpt kerja, hari tu grad dh taknak balik sini nk cari kerja sana....tatau apa khabar berita now dh kerja or belum
Quote B40tastePosh 24-1-2025 04:17 PM
izwan_izi replied at 24-1-2025 03:08 PM
Yg pegang sepanduk tu..mcm muka tipikal C-bukit je...patut la tanak bercakap bahasa Maori..

Jinjang Utara.

Quote Zezo 24-1-2025 04:21 PM
Cousin aku tak balik² dah. Tp tgk lifestyle kt ig dah jd geng alphabet sudeyh..
Quote monsterwife 24-1-2025 04:48 PM
juruterra replied at 24-1-2025 04:11 PM
anak sedara iols grad sana kata senang je dpt kerja, hari tu grad dh taknak balik sini nk cari kerja ...

I dengar ramai Indian nurses pergi sana, Tup2 kja x de
Quote dua_chzy 24-1-2025 05:00 PM
izwan_izi replied at 24-1-2025 07:08 AM
Yg pegang sepanduk tu..mcm muka tipikal C-bukit je...patut la tanak bercakap bahasa Maori..

Dia nak la. Kan dia pangkah 'not' tu.
Quote sambaldurian 24-1-2025 05:07 PM
copy_paste replied at 24-1-2025 09:32 AM
geng2 penyembah nabi boleh la ajak ramai lg penganut ke sana

Geng keluarkan air merah tu ke. Member sekolah terjebak. Ingat dulu MLM jual air , rupanya nk buat ajaran lain pulak dh.
Quote syamzana 24-1-2025 05:07 PM
Zezo replied at 24-1-2025 04:21 PM
Cousin aku tak balik² dah. Tp tgk lifestyle kt ig dah jd geng alphabet sudeyh..

geng alphabet ni apa?
Quote 3480 24-1-2025 05:08 PM
Ada tiktokers masak2 tu aku tgk terus dok sana lepas study. Sedap2 tgk menu dia.. western food
Quote PULANGKAN 24-1-2025 06:53 PM

LGBT kut???

LGHDTV
Quote Zezo 24-1-2025 08:22 PM
syamzana replied at 24-1-2025 05:07 PM
geng alphabet ni apa?

LGBTQ+. Tak lama semua huruf² dorg nk claim.
Quote Zeelalala 24-1-2025 09:42 PM
Kalau bergantung dengan kerja dgn org memang la akan keluar dan cari negara yg byk peluang pekerjaan. Tetapi bg yg bekerja sendiri, mana2 pun boleh hidup. Yg penting negara bagus dari segi keamanan, kesejahteraan, pendidikan anak2 dan kesihatan.
Quote juruterra 27-1-2025 09:28 AM
monsterwife replied at 24-1-2025 04:48 PM
I dengar ramai Indian nurses pergi sana, Tup2 kja x de

balik kosong lah mcm tu, kalau nurses gi la middle east sana byk demands
anak sedara iols actuarial science grad
Quote jazaa100 27-1-2025 09:42 AM
Zeelalala replied at 24-1-2025 09:42 PM
Kalau bergantung dengan kerja dgn org memang la akan keluar dan cari negara yg byk peluang pekerjaan ...

Dulu kan ada kuar berita....
Dok kat new Zealand tenang je.....
Tapi knp org suka dok australia
Quote jazaa100 27-1-2025 09:43 AM
juruterra replied at 27-1-2025 09:28 AM
balik kosong lah mcm tu, kalau nurses gi la middle east sana byk demands
anak sedara iols actuaria ...

Middle East nak islam je kot sbg nurse.....
Kot le....
Quote Tinot7 27-1-2025 09:56 AM
Beberapa tahun lepaih anak buah kawen dgn org mesia yg keje kat sana, pastu pindah ke sana.. rasanya masih kat sana lagi..
Quote Zeelalala 27-1-2025 10:01 AM
jazaa100 replied at 27-1-2025 02:42 AM
Dulu kan ada kuar berita....
Dok kat new Zealand tenang je.....
Tapi knp org suka dok australia

Australia byk peluang pekerjaan. Dan rate juga lebih tinggi

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.159110 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top