CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nama Angelina Jolie tercicir Oscar kerana sokong Palestin? - "Hollywood merupakan penyokong Zionis”

27-1-2025 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3097| Komen: 0|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-01-25-at-14.05.44_fa4f8477-e1737787695126.jpg


Baru-baru ini The Academy telah mengumumkan senarai pencalonan untuk Anugerah Academy ke-97 atau Oscar tahun ini.

Ramai yang terkejut apabila melihat senarai calon untuk edisi kali ini kerana ada beberapa nama hebat tidak tersenarai.

Antara bintang yang menjadi bualan ramai ialah pelakon terkenal, Angelina Jolie yang gagal menembusi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem biopik, Maria.

Biarpun memberikan persembahan yang hebat sebagai penyanyi opera dalam filem tersebut, namun Angelina gagal menawan hati barisan panel juri awal untuk merebut trofi Oscar.

Netizen mula meluahkan rasa tidak puas hati dan membuat spekulasi sendiri tentang pengecualian Angelina daripada kategori tersebut.


Menurut netizen, Angelina dipinggirkan The Academy kerana dia merupakan penyokong Palestin sementelah kebanyakan penggiat seni Hollywood merupakan penyokong Zionis.

“Angelina merupakan penyokong Palestin sebab itu namanya tidak tersenarai. Hollywood merupakan penyokong Zionis,” komen netizen.

Salah seorang penyokong kuat Zionis iaitu Zoe Saldana berjaya tersenarai bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Emilia Perez.


Antara nama lain yang menjadi bualan ramai kerana gagal tersenarai tahun ini ialah Nicole Kidman (Babygirl) , Selena Gomez (Emilia Perez) dan Denzel Washington (Gladiator 2).

Anugerah Academy ke-97 akan berlangsung pada 2 Mac depan di Dolby Theatre, Los Angeles.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.161986 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top