CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah

28-1-2025 12:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6862| Komen: 60|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-27 141129.png


Pelakon Along Cham melakukan sujud syukur selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskannya (DNAA) daripada satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis ganja, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dituduh semula di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Semasa prosiding di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman membebaskan artis itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak pendakwaan.

"Pertuduhan terhadap kamu bawah seksyen ini diberi perintah DNAA.

"Pertuduhan ke atas kamu diturunkan ke seksyen lain, kemudian kamu akan dituduh di Mahkamah Majistret," katanya.

Ia susulan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya memaklumkan, laporan kimia berhubung kes ini telah diterima.

"Saya mohon pertuduhan bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 diberi perintah DNAA.

"Tertuduh akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dituduh bawah dua seksyen lain," katanya.


Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Muhammad Nizamudin mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan.

Mengikut pertuduhan pertama, pelawak itu didakwa ada dalam milikan bahan dadah berbahaya jenis kanabis seberat 49.61gram di sebuah rumah di Cyberjaya, pada jam 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(a)(1) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC), di lokasi sama, pada jam 10 malam, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang boleh dibaca bersama 38 B akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dikenakan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih tiga tahun

Sumber – Sinar Harian



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 27-1-2025 05:21 PM
49gram tu lau emas kan syiok.. ke lg mahei dr emas??
Quote Zeelalala 27-1-2025 09:36 PM

[youtube]_c-zDI_GzKs?si=1mbl7pP51KFSa36L[/youtube]
Quote sayawifenikmie 27-1-2025 09:58 PM
JANGAN LAH MAKAN DADAH
KASIHAN LAH PADA ANAK ISTERI MAK AYAH !!
Quote Pujangga22 27-1-2025 10:19 PM
Bini kesian mati2 fight utk si along.klu tak insap lagi tak tahulh
Quote petai011212 28-1-2025 11:02 AM
tadi baca dia lafaz taklik bini dia
Quote prizadane 28-1-2025 11:04 AM
petai011212 replied at 28-1-2025 11:02 AM
tadi baca dia lafaz taklik bini dia

Itulah! Plot twist kah? Wife cuba kenakan husband ke? Atau husband bengang wife kantoikan he?
Quote alagapass 28-1-2025 11:05 AM
petai011212 replied at 28-1-2025 11:02 AM
tadi baca dia lafaz taklik bini dia

Kan. Ke bini dia yg report pastu dia dapat tau? Halahhhh plot2 twist cmni yg kita mahukan hahahah.
Quote KakRumiMenari 28-1-2025 11:06 AM
Ada plot twist ke?


[ig]https://www.instagram.com/p/DFWmw4pOpyY/?igsh=eXZ6MnVhdXFzYXR0[/ig]
Quote watachiwa 28-1-2025 11:12 AM
yg dia bebas dr mahkamah sepang tu wifey tarak kan? mak dia je pimpin dia n anaknya
Quote Zeelalala 28-1-2025 11:15 AM
Aik? Bukan ke masa dia mula masuk tu bini dia merentan siang malam merintih nak selamatkan laki? Apa cerrrrr jadi cerai plak???
Quote jula7 28-1-2025 11:16 AM
laaa...haritu wife dia kesian tgk..nangis2 nak selamatkan suaminya ni hah..

apoo cite senarnyeee ponnn?
Quote Manusiabesa 28-1-2025 11:16 AM
Amboi plot twist. Adakah semlm dh balik rumah depa gaduh teruk last2 decide nk cerai?

Atau si wife dh lama tau bab dadah and decide nk cerai.

Mcm2 hal lah dunia retis. Hdup xberkat kot tu yg jd huru hara. Smlm pun kluar2 lokap tu terus peluk kak dd org first. Abih rapat nenen kak dd kt dada along. Kenyang terus along. Yg bini tekulat2 kt tepi, as org kedua along nk peluk. Nth apa2 p peluk pempuan lain dlu. Peluk kuat lak tu sah2 nenen anjal2 kena puting susu along.

Bini tu bleh cari jntan lain la buat suami. Koser nk tggu jntan yg ada kes polis. Mkn tahun silap2 tahun 2100 xslesai lg kes bicara
Quote akuMNdia 28-1-2025 11:26 AM
aku nak tau siapa yg langgar taklik... bini or mamat nih?
Quote cmf_PariS 28-1-2025 11:40 AM
better cerai.. bini muda lg.. once penagih susah... keej apa je pun dia baut skrg.. jgn tanggung penunggang dadah ni
Quote watachiwa 28-1-2025 11:53 AM
Manusiabesa replied at 28-1-2025 11:16 AM
Amboi plot twist. Adakah semlm dh balik rumah depa gaduh teruk last2 decide nk cerai?

Atau si wife ...

owh bini dia ade la smalam.
gaduh sbb peluk didi ke?
Quote supernaturalee 28-1-2025 12:02 PM
Manusiabesa replied at 28-1-2025 11:16 AM
Amboi plot twist. Adakah semlm dh balik rumah depa gaduh teruk last2 decide nk cerai?

Atau si wife ...

baca komen kt youtube berita awanikatanya dd ibu susuan die
i was like..what?? really???



Quote MisXoXo 28-1-2025 12:08 PM
Patut tak nampak kelibat bini dia.nampak along peluk didi.angah opkos ada.kwn baik dia.blood brotha
Quote MisXoXo 28-1-2025 12:09 PM
Tu lawyer yg gado dgn sultan johor kan.
Quote Zeelalala 28-1-2025 12:11 PM
supernaturalee replied at 28-1-2025 05:02 AM
baca komen kt youtube berita awanikatanya dd ibu susuan die
i was like..what?? really???

7 tahun je beza wakkk...lain mcm ibu susuan...

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049574 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top