CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Singapura buat cerita culik didakwa di mahkamah esok

28-1-2025 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7221| Komen: 9

 


Johor Bahru: Wanita warga Singapura membuat laporan palsu mendakwa cuba diculik di pusat beli-belah KSL, Taman Abad akan dihadapkan ke mahkamah, esok.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, wanita berusia 45 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada 9 pagi.

"Arahan pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata, polis menerima laporan cubaan culik wanita warga asing pada 22 Januari lalu dengan kes dikatakan berlaku kira-kira 1 tengah hari, 10 Januari.

Katanya, wanita itu mendakwa didatangi lelaki dan wanita berbangsa Cina yang menjual teh kepadanya dan dipaksa menghidu teh itu menyebabkan dia pening dan pengsan.

"Bagaimanapun siasatan lanjut polis mendapati cubaan culik itu tidak berlaku dan rakaman CCTV serta bukti-bukti teknikal juga mengesahkan tiada sebarang pergerakan (cubaan culik) dikesan di lokasi kejadian," katanya.


Katanya, kes itu yang tular di media sosial memberi implikasi negatif apabila ramai mempercayainya kejadian sebenar dan mengaitkan isu sebagai ancaman keselamatan kepada pelancong.

"Polis Johor memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini adalah terkawal dan kita komited memantau keselamatan negeri ini.

"Kami ingin memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja menyebarkan khabar angin atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada awam terutama menyentuh isu keselamatan," tegasnya.



Sumber– Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 28-1-2025 10:51 AM
apalah motif dia buat laporan palsu ni
Quote pocongkiutss 28-1-2025 10:53 AM
afie_m replied at 28-1-2025 10:51 AM
apalah motif dia buat laporan palsu ni

Saja nk buruk2kan Meleysia suh kwn2 dia jgn masuk sopping Meleysia sbb bahaya kut..ahahah
Quote MisXoXo 28-1-2025 11:58 AM
Ada sorang retis hrtu pun kata ada org nk culik anak dia kan..tu cer buat report pulis..tgk pulis siasat camno
Quote gigahertz 28-1-2025 03:09 PM
ada 5 kes Polis malaysia cekap :
a) mayat
b) Senjata
c) budak Bawah Umur
d) Dadah
e) Cina
Biasanya Cina ni kalau dia buat report polis
mesti dia ada hal yang agak serius.
Hal dengan suami dia ke isteri dia ke partner dia ke.
Quote ninja boy 28-1-2025 04:18 PM
Berzaman singaporean ckp pergi malaysia ditarget perompak la ditarget polis la ditarget kena tipu transportation
Quote Belibis 28-1-2025 08:30 PM
gigahertz: ada 5 kes Polis malaysia cekap ...

Akan jadi sebaliknya bila kes babitkan politaik pemerintah..terus krik krik.
Quote Zeelalala 29-1-2025 05:25 AM
Sekarang ni kat Malaysia ke kat mana2 negara, sana sini dah ada cctv, tak payahla buat cerita bohong sangat kene culik bagai
Quote TravellingBear 29-1-2025 07:21 AM
ninja boy replied at 28-1-2025 04:18 PM
Berzaman singaporean ckp pergi malaysia ditarget perompak la ditarget polis la ditarget kena tipu tr ...

Tapi tetaplah berbondong-bondong ke sini
Quote Perils 29-1-2025 07:42 PM
Masalahnye ko x lawa.sape gamak nk culik ko

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.034658 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top