Tular sebuah video yang memaparkan pemain badminton kebangsaan, Lee Zii Jia bersama anak kepada pelakon Hairul Azreen iaitu Alisa Aisyah. Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Alisa bersama bapa, abangnya dan Zii Jia dilihat berada di sebuah padang dengan berlatar belakangkan sebuah helikopter bagi menjayakan sesi fotografi. Difahamkan sesi fotografi itu adalah berkolaborasi Zii Jia bersama jenama pakaian lokal, Cakenis milik isteri pelakon tersebut iaitu Hanis Zalikha. Bagaimanapun, paling menarik perhatian warganet adalah momen ketika jaguh sukan negara itu menghalakan kipas elektrik mini ke arah anak bongsu Hairul yang sedang kepanasan.
‘Ke tepi alisa’ Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet cemburu melihat telatah Alisa dan menyifatkannya sebagai seorang kanak-kanak yang bertuah kerana dapat bersama dengan pemenang pingat gangsa Olimpik 2024 itu. Sebelum ini, Zii Jia pernah berkunjung ke rumah Hairul dan Hanis untuk memberi kejutan buat Alisa yang sangat meminatinya Malah ketika perlawanan badminton di Olimpik Paris 2024, Alisa turut memberi sorakan buat Zii Jia. Sumber– Rotikaya |
ezacbee: Heli sapo tu? Cakenis?
Orion_Onion replied at 30-1-2025 01:22 PM
Sewa tampal logo pki sticker je..hbs shooting cabut blk
Lampuled replied at 31-1-2025 07:44 AM
Adorable betul si Alisa tu. Dah la cute tp aktif kemain
oggy replied at 31-1-2025 07:52 AM
Kan, suka tengok.. perangai dia main langgar je . Menurun perangai bapak kot hihi .
They all ni w ...
prince_marhaen replied at 31-1-2025 09:18 AM
keknis kekrul kekchah keksop...keksinah lama tak nampak...dah kena buang keluarga ke keksinah?
pinja ...
cm_vungtau replied at 31-1-2025 10:15 AM
Beria menunjuk tapi peminat semua level b40 sajok
ADVERTISEMENT