CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Nak Naikkan Tarif Elektrik

3-2-2025 07:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20392| Komen: 49

Anwar Ibrahim mengakui langkah menaikkan tarif elektrik akan menyukarkan atau merugikan.

Perdana Menteri hari ini berkata, tarif itu perlu dinaikkan pada separuh kedua tahun ini, namun menyatakan kerajaan bersedia mendengar pandangan lain.



IG Anwar

"Keputusan itu, pada saya, sesuatu yang perlu dilakukan kerana harganya perlu naik," katanya kepada hadirin pada majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Hotel Shangri-La di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Anwar menafikan kenaikan tarif itu akan mencecah sehingga 14 peratus.

Bermula Julai, tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 14.2 peratus kepada 45.62 sen setiap kilowatt-jam (kWh),

Pada 27 Dis lalu, Anwar berkata kerajaan sedang mengambil langkah memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik tidak membebankan rakyat.

Dalam pada itu Anwar mengulas mengenai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan pekerja asing.


Dia menafikan kadar itu akan meningkat, sebaliknya kekal pada kadar dua peratus, yang disifatkan lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12 peratus.

“Tetapi terdapat kebimbangan ia akan meningkat, bermula pada 2 peratus kemudian naik kepada empat peratus dan enam peratus.

“Ia bukan begitu. Kita kekalkannya pada 2 peratus, yang mana sangat minimum,” katanya.

Anwar berkata kabinet akan menaikkan kadar caruman berkenaan kepada empat peratus apabila keadaan bertambah baik.

Dalam ucapannya hari ini, Anwar turut menggesa sektor swasta menyumbang dalam membangunkan 'pusat kecemerlangan' Malaysia, merujuk kepada fakulti dan latihan dalam bidang pendidikan dan transformasi digital.

Dia menyentuh mengenai kuasa besar global seperti AS, Eropah dan China, yang pada masa lalu telah memberi tumpuan kepada pembangunan dalam bidang ini.


Sumber- MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-2-2025 08:59 PM
Kami rakyat nak tanye.  Letrik kat istane & kediaman rasmi tu sape yang bayar?  Bagi kami tengok bil pon jadilah.
Quote gigahertz 3-2-2025 10:35 PM
tumpanglalu74: Kami rakyat nak tanye.  Letrik kat istane & kediaman rasmi tu sape yang bayar?  Bagi kami tengok bil pon jadilah.

agak agak kat kediaman rasmi tu ada tak mesin bitcoin. ye la kan bil lektrik free.
Quote MissYouSayang 4-2-2025 12:04 AM
Walanon sujud sukur
Quote PULANGKAN 4-2-2025 01:54 AM
halaa.. mampuih..

apa function naik gaji kalau bil naik jugak

selamanya la tersepit..
Quote A-Are 4-2-2025 08:42 AM
eh bukan baru naik ke awal tahun haritu..
Quote syamzana 4-2-2025 08:50 AM
cekap betul ya gomen skrg buat kerja
Quote green~tea 4-2-2025 08:55 AM
Mesti dasat bil letrik serviced apartments  sbb commercial rate
Quote green~tea 4-2-2025 08:55 AM
Gomen bila nak implementat GST
Quote AbukRokok 4-2-2025 09:07 AM
lagi mau promot EV...grid national tercekik bak kata iklan dari kementerian sumber asli saban hari di 8TV
Quote AbukRokok 4-2-2025 09:08 AM
lepas tu bawak masuk byk2 data center
Quote bulan_gerhana 4-2-2025 09:10 AM
iols baru je tertgk headline berita last few days.. yg piyem menafikan akan naikkan tarif letrik tahun ni... ni jenguk forum.. kata nak naik jugek.... acerr mana 1 betul ni... tapi ikut pengalaman... ape yg dinafikan la tu yg betul akan terjadi.. haihh baru je dpt increment x smpai 200++ ingat bole la saving sikit.. dah nak kene spend ke arah letrik pulek... ni namanya domino effect kan??
Quote Kancilkering 4-2-2025 11:07 AM
up lgi kwsp pun kene contribute utk foreign worker

siot tul lah yihhhhhh
Quote 3chanceno 4-2-2025 11:12 AM
Gaji naik = letrik tariff naik

Nak gunakan kayu api & arang sebagai alternatif pun dah susah nak dapat
Quote Skuau 4-2-2025 11:30 AM
syukur.......#PH menang.. rakyat senang.
Quote Skuau 4-2-2025 11:32 AM
Aku bg korang naik gaji..tuk byar bil ni la..igt nk bg tuk berjimba ke???
Quote Itzy 4-2-2025 11:38 AM
bulan_gerhana: iols baru je tertgk headline b ...

Tak la, tarif elektrik naik sebab nak bg untung puak kapitalis yg beli solar panel [em:3:]
Quote ctaz 4-2-2025 11:41 AM
SAYA ULAMMMMM!!!!!!!!
Quote TeropongThaico 4-2-2025 12:31 PM
Dah agak dah
Ari tu acah tak bg
Quote zeed 4-2-2025 12:36 PM
semua formula tak jalan ni. kena create formula baru nampaknya????

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.075301 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top