CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Masih Isteri Najib" - Rosmah

3-2-2025 07:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21097| Komen: 12

Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan mengenai status perkahwinan beliau yang disebarkan satu akaun Facebook palsu menggunakan nama dan gambarnya.

Sambil menjelaskan akaun Facebook itu bukan miliknya, Rosmah menegaskan bahawa beliau masih isteri yang sah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



Akaun Facebook palsu yang menggunakan nama dan gambar Rosmah. - Foto FB

Beliau berkata, dakwaan dalam akaun palsu itu bahawa dirinya merupakan bekas isteri Najib, adalah tidak benar.

"Sila ambil perhatian bahawa akaun Facebook 'Rosmah Binti Mansor' ini bukanlah akaun tulen saya.

"Saya adalah dan masih isteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Jangan buat fitnah," katanya dalam hantaran melalui Facebook rasmi beliau, hari ini.

Rosmah turut kongsikan tangkap layar akaun palsu berkenaan, sebagai makluman kepada pengikut media sosial beliau.


Selain itu, katanya, beliau hanya mempunyai masing-masing satu akaun rasmi Facebook dan TikTok yang boleh diakses melalui pautan dikongsikan dalam hantaran berkenaan.


Sumber- Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 3-2-2025 08:16 PM
Saman kan aje.
Quote tumpanglalu74 3-2-2025 08:56 PM
Rindu tengok sanggol Kak Mah..
Quote cm_vungtau 4-2-2025 07:38 AM
Rindu first lady rambut kepuk2. Baju kurung pun cantik2 siap selendang.
Quote matbad 4-2-2025 09:00 AM
Ex first lady yg terus menerus kena fitnah..hadap jala kakmah lgi tak pejam mata
Quote zorrro_03 4-2-2025 11:37 AM
rosmah tak payah nak muncul balik laaaa depan public.  kau diam2 rumah je ye macit... imej najib akan teruk kalau kau masih bersikap mcm dulu.
Quote kemaruk 4-2-2025 12:18 PM
Respek owner konglomerat grab
Quote cmf_jeangrey 4-2-2025 06:12 PM
Hidung tu, xleh repair ke? Dah mcm kaki ayam

Quote Momohizan 4-2-2025 08:48 PM
cmf_jeangrey replied at 4-2-2025 06:12 PM
Hidung tu, xleh repair ke? Dah mcm kaki ayam

I rasa jantung Nek Mah ni dah tak fit nak go tru surgery yang kena general anesthesia. Kalau jantung ada problem, risiko heart attack masa surgery tu tinggi. Tengok la mak Kanye West, Donda West, ajal time buat cosmetics surgery.
Quote Kuin-Kepam 4-2-2025 11:57 PM
cmf_jeangrey replied at 4-2-2025 06:12 PM
Hidung tu, xleh repair ke? Dah mcm kaki ayam


Quote manopBKK 5-2-2025 12:39 AM
zorrro_03 replied at 4-2-2025 11:37 AM
rosmah tak payah nak muncul balik laaaa depan public.  kau diam2 rumah je ye macit... imej najib aka ...

Rindu naik ke Rodeo Drive, LA beli Birkin kot…IOI Mall apa curlastttt .. level @nusaraya jer jalan pepetang gi beli teh bobba!
Quote suri33 5-2-2025 11:06 PM
Siapa la yg bersungguh buat fake acc dia ni.
Quote Shayang 5-2-2025 11:47 PM
Sarat menanggung rindu kepada suami

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.029071 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top