CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taktik Baru Scammer, 'Screenshot' Wajah Lepas Buat Panggilan Video Lucah

4-2-2025 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38052| Komen: 8

Orang ramai dinasihatkan tidak menjawab sebarang panggilan video daripada nombor yang tidak dikenali bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan siber.

Bekas pegawai kanan PDRM, Asisten Supritenden (B) Rahmat Fitri mendedahkan modus operandi terbaharu scammer yang menjerat mangsa dengan panggilan video berunsur lucah sebelum merakam wajah mereka dan mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut.



IG

“Mangsa menerima panggilan video daripada nombor tidak dikenali. Sebaik dijawab, skrin akan memaparkan adegan lucah. Secara refleks, ramai yang akan tertengok tanpa sedar. Ketika inilah scammer bertindak dengan mengambil tangkapan skrin (screenshot) wajah mangsa,” katanya menerusi Tik Tok baru-baru ini,

Beliau menjelaskan selepas memperoleh bukti yang boleh mencemarkan reputasi mangsa, sindiket akan menghubungi mereka untuk meminta wang sebagai bayaran bagi mengelakkan penyebaran gambar tersebut kepada ahli keluarga atau pasangan.


“Selepas berjaya memerangkap mangsa, scammer akan mengugut bahawa mereka akan menghantar gambar tersebut kepada keluarga atau pasangan. Dalam keadaan panik dan takut, ramai yang akhirnya menyerah dan membayar wang yang diminta,” katanya.

Rahmat turut menasihatkan orang ramai segera melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa sekiranya menerima ugutan sedemikian.

“Saya menyeru agar masyarakat lebih berwaspada dan menyebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga serta rakan-rakan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan siber ini,” ujarnya,

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan teknik baharu penipuan dalam talian dan tidak terperdaya dengan sebarang ugutan yang boleh menjejaskan maruah serta keselamatan diri.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 4-2-2025 08:44 PM

Quote Carcosa 4-2-2025 08:57 PM
Dah kenapa, aku ingat si Rahmat Fitri ni ada taik lalat apek beso dekat muka?? Mic rupanya.
Ingat taik lalat apek yg jenis berbulu sehelai tu
Quote Itzy 4-2-2025 11:05 PM
Ada terbaca komen2 lelaki2 jongos yg kena scam dengan modus operasi sama beberapa tahun lalu. Kenapa la kerajaan kita tak sekat nombor2 scammer ni??
Quote helicornia 4-2-2025 11:50 PM
Dia ni dh jd speaker/konsultan pulak
Quote slyfynx 5-2-2025 12:08 AM
Mcm taktik lama je
Ust Amin Idris dulu bukan ade kes camni ke? Allegedly la sbb deme photoshop katenye
Quote Jitu 5-2-2025 12:53 AM
sebar la mcm org peduli pun

contoh agus wahab rilek je meneruskan kehidupan mcm takde apa2 pun
Quote sayurmayur88 5-2-2025 12:17 PM
install truecaller.. yg free pon xpe...function teroks
Quote AbukRokok 5-2-2025 01:43 PM
Jitu replied at 5-2-2025 12:53 AM
sebar la mcm org peduli pun

contoh agus wahab rilek je meneruskan kehidupan mcm takde apa2 pun  ...

kan....klu artis pun hampir dilupakan inikan pula siapa siapa

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.029077 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top