Personaliti media sosial dikenali Eyka dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sejak Isnin lalu. Khabar itu disahkan oleh rakannya Ammar Nazhan atau Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, yang mengetuai aktiviti berkenaan.
Ammar berkata dia menyedari kehilangan Eyka atau Nur Syafiqah, 22, pada pukul 2 pagi semasa melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan. "Pada malam itu lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan tersebut tapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan. "Kami menyedari kehilangan Eyka sekitar pukul 2 pagi Isnin ketika sedang lakukan aktiviti paranormal di dalam hutan. "Hanya dia seorang saja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan dan dia datang bulan ketika itu," katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Ammar, laporan polis dibuat selepas Eyka hilang selama 48 jam memandangkan ia syarat yang ditetapkan pihak berkuasa di negara itu. Katanya ketika ini usaha mencari sedang giat dilakukan di dalam hutan berkenaan. "Sebelum membuat laporan polis kami sudah membuat pencarian dan kami membuat laporan polis selepas 48 jam seperti disarankan pihak di sini. "Turut terlibat dalam pencarian ini orang kampung, pihak polis dan juga tentera. Buat masa ini kami masih belum terima apa-apa maklumat lagi," ujarnya. Sementara itu, Ammar turut memaklumkan ahli keluarga Eyka yang berada di Malaysia sudah mengetahui khabar kehilangan anaknya itu. Malah dia dinasihati untuk tidak mengambil sebarang langkah yang terburu-buru buat masa ini. "Saya sudah maklumkan kepada ahli keluarga Eyka dan saya minta agar keluarga tak perlu bimbang kerana segala di sini akan saya uruskan sehingga Eyka ditemui," kongsinya. Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kehilangan Eyka selepas Ammar berkongsi perkara itu di platform TikTok miliknya. Sumber- mStar |
KamikuP: Kontent - getus hatiku yang hitam pekat ini
Sazreena replied at 5-2-2025 06:05 PM
Period...pastu gatal bijik buat paranormal...tak tau la dalaman ko kuat ke idok, ada isi ke idok. Ni ...
KamikuP replied at 5-2-2025 05:02 PM
Kontent - getus hatiku yang hitam pekat ini
exclusive_vvip replied at 5-2-2025 06:38 PM
kannnn..dgn ilmu masuk hutan pun x cukup..taktau la diorg ni buat content ke apa..tapi ada arwah s ...
tri-max replied at 5-2-2025 05:20 PM
kenapa tak hilang semua sekali
rimas tgk sekor2
ADVERTISEMENT