CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki OKU Tebalkan Muka Kutip Makanan ‘Expired’ Supaya Anak Tak Kebuluran

7-2-2025 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11241| Komen: 20

Kerana desakan hidup, seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) fizikal terpaksa mengutip makanan tamat tempoh di kedai runcit dan pasar raya sekitar daerah ini bagi memastikan perut tiga anak dan isterinya terisi.


Jani Yusof, 62, yang mengalami kecacatan pada kaki berkata, pendapatan sebagai pengutip besi buruk bersama isteri, Maznah Abu Bakar, 43, sebanyak RM200 sebulan tidak mencukupi untuk menyara mereka lima beranak. Tiga anak pasangan itu berusia dua hingga lapan tahun.


Jani (kanan) bersama isteri dan anak-anak ketika ditemui di rumahnya di Kuala Nerus semalam.

“Saya terpaksa tebalkan muka kutip produk makanan seperti biskut, serbuk teh, kopi, rempah ratus dan susu pekat manis yang tamat tempoh, tapi masih elok.

“Saya juga akan membawa pulang bawang merah, bawang putih dan telur yang masih selamat dimakan untuk dijadikan lauk harian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Darat Batu Rakit di sini semalam.


Jani berkata, dia menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 dan RM4,000 setahun daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Wang simpanannya pula digunakan untuk membina rumah secara ala kadar. Kanvas dan kain rentang yang dikutip di tempat pembuangan sampah dijadikan dinding sementara kerana kekurangan modal. Kain perca pula digunakan sebagai pemisah tempat tidur dalam rumah tersebut.

Jani mengakui keluarganya kerap kebasahan kerana terkena tempias hujan sepanjang musim tengkujuh.

Lelaki itu merayu kepada mana-mana pihak membantunya membina rumah untuk ke­selesaan isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Jani bernombor 1110229000203323 atau menghubungi lelaki itu di talian 019-4133790.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 7-2-2025 09:43 AM
Bantuan 450 tu buat apa.
Cukup je ko beli lauk basah tiap hari
Ayam sekor rm18-20 boleh masak 2x utk 5 org isi rumah..

Quote copy_paste 7-2-2025 10:13 AM
kesilapan dimasa muda,
kesian pada anak2nya,
Quote kelip2_07 7-2-2025 10:18 AM
hrp ko jgn beranak lg..bini muda lg umur 43 blh mtk keje lain biar laki urus ank sambil2 cr brg lusuh
Quote doubleA 7-2-2025 10:37 AM
Edited by doubleA at 7-2-2025 02:24 PM

2-8 tahun kecik lagi anak nya. 3 org pulak. Iols reserve komen jelah
Quote gideoncross 7-2-2025 12:50 PM
Smoga d prmudahkn urusan family ni, Amin2 YRA
Quote felinecat 7-2-2025 01:42 PM
Kutip besi buruk, kalau dpt simpan modal, boleh jadi tokei..kene ambil lesen lori, beli lori
Quote mejaputih 7-2-2025 02:14 PM
Edited by mejaputih at 7-2-2025 02:17 PM
doubleA replied at 7-2-2025 10:37 AM
2-8 tahun kecik lagi anak nya. 5 org pulak memang rapat2 ni. Iols reserve komen jelah

edited.. rasanya anak dia 3 org je...
Quote mejaputih 7-2-2025 02:16 PM
rasanya better anak2 dia yg dah sekolah duduk di asrama Maidam...
Quote doubleA 7-2-2025 02:25 PM
mejaputih replied at 7-2-2025 02:14 PM
edited.. rasanya anak dia 3 org je...

Tq2. Dah edit gak dah baca balik. 3 anak so 5 beranak la termasuk deme
Quote Minami2013 7-2-2025 02:27 PM
Ya Allah. Kesian anak2.
Quote prettyuglybabe 7-2-2025 02:38 PM
dah dapat bantuan bulanan and tahunan pun masih tak cukup..
hmmm...
Quote Samerosie 7-2-2025 03:30 PM
kalau kira2 sebulan dia ada 900 lebih.  rumah tak yah bayar, barang kering basic dia kutip, mm tapi tak pe, harap dipermudahkan segalanya. Lepas ni bila ngesek sila pancut luar k.
Quote ajinomotonosuga 7-2-2025 05:11 PM
doubleA replied at 7-2-2025 10:37 AM
2-8 tahun kecik lagi anak nya. 3 org pulak. Iols reserve komen jelah

dia orang kelainan upaya tapi bukan orang kekurangan upaya..buat anak!!
Quote Freezies 7-2-2025 07:49 PM
zuriey replied at 7-2-2025 09:43 AM
Bantuan 450 tu buat apa.
Cukup je ko beli lauk basah tiap hari
Ayam sekor rm18-20 boleh masak 2x utk ...

Paling kurang pon beli la telur sesarang,gred c lebih kurang RM 8-12.boleh la tahan 5-6hari klau makan bercatu.

Jemu makan telur hari2?
Beggars can't be choosers.
Quote liyamariska 7-2-2025 08:08 PM
semoga En Jani Yusof dan keluarga dipermudahkan segala urusan....
Quote dua_chzy 7-2-2025 08:51 PM
Deols looked happy. Maybe la hidup susah tapi kasih sayang cukup.
Quote kemaruk 7-2-2025 09:03 PM
Eh takkan la benda ni masih terjadi di bawah pemerintahan team baik
Quote Zeelalala 7-2-2025 09:03 PM
Semoga duit bantuan tu semua dimanfaatkan sebaiknya. Jgn mengetum ya pakcik...

Isteri muda lagi, boleh tu kerja sikit2 utk membantu...

Quote seri_mawr 10-2-2025 09:04 AM
JKM RM450
Kutip recycle RM200
Jab Agama RM4000 setahun (ni setahun sekali ke bulanan) klu bg monthly RM330

RM980 5 beranak..anak umur 2-8 tahun...mmg struggle..klu bujang mmg lebih dr cukup tuk mkn..... brang skrg mahal2...
RM980/30 =RM32.67 sehari lepas la beli ayam n sayur ... harap2 pakcik ni x smoking la....x buat beli benda bukan2...

semoga ada la yang membantu pakcik ni buatkan rumah...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037242 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top