CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Ingat Dan Ingat Sampai Mengalir Air Mata, ‘Confirm’ Masuk Syurga" - PU Riz

7-2-2025 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16012| Komen: 26

Ujian kehidupan itu pasti akan dirasai oleh semua umat Islam namun ada kalanya manusia yang bersifat lemah pasti akan mempersoal mengapa mereka diuji sebegitu rupa.

Ketahuilah, Allah SWT tidak akan menguji melebihi kemampuan hamba-hambanya.



IG

Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila dia yang dalam keadaan sebak berkongsi menerima ujian dizalimi oleh seseorang yang paling dia berharap dalam kehidupannya.

"Saya diuji dan dizalimi oleh seseorang yang saya berharap sangat dalam hidup.

"Saya juga beberapa kali hampir kehilangan nyawa," ujarnya.

Ujian itu kemudiannya membuatkan wanita itu mula teringat akan dosa-dosanya yang lalu sehinggakan dia tertanya-tanya adakah itu tanda dia dimurkai Allah?

"Hari-hari saya merayu dan mengadu pada Allah yang saya tak larat hidup dalam keadaan tak tenang.

"Sampai saya tertanya kenapa Allah tak berikan saya ketenangan hati?


"‘Adakah Engkau panggil aku selama ini kerana sayang padaku atau Engkau murka kepadaku?’" tambahnya.

Menjawab kepada persoalan wanita tersebut, pendakwah selebriti iaitu PU Riz memaklumkan bahawa setiap kali seseorang itu mula ingat pada Allah dan mula mengingat dosa lampau bukanlah tanda dia dimurkai.



Bahkan, jika seseorang itu mula mengingati segala dosa sehinggakan mengalir air matanya pasti ia akan diberikan ganjaran syurga.

"Bila seseorang itu duduk dan ingat Allah serta ingat segala dosa-dosa yang dia buat.

"Dia ingat, ingat dan ingat sampaikan mengalir air mata dia. Orang ini, ‘confirm’ masuk syurga.

"Jadi menjawab persoalan adakah Allah panggil kita kerana murka? Tidak. Tidak ada satu pun panggilan yang dimurkai bila mana menjadikan seseorang itu ingat pada Allah.

"Dan kalau air mata dia mengalir sewaktu panggilan tersebut, tangisan dia untuk Allah SWT tidak sia-sia."


Sumber: OHBULAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 7-2-2025 06:14 PM
Amboi gambar penuh muka. Tak selesa.
Quote KBW2 7-2-2025 06:16 PM
eh mana kau tahu orang konpem masuk syurga ni. Itu semua Rahsia Tuhan weyh.
Quote imransulaiman 7-2-2025 06:18 PM
suri33: Amboi gambar penuh muka. Tak s ...


Hahahaha! Tak selesa kenapa? Rengsa? Wakakakakaka! Adoi sorry aku gelak...sebab you are not alone
Quote Zeelalala 7-2-2025 08:12 PM
Banglasia sangat
Quote nutcrack8 8-2-2025 01:17 AM
Rmai pompuan ek pegi...

Org pompuan ni, elok la luah kat ustzah. W'pon tmpt terbuka mcm ni  , dari jauh pon aku rase kurang manis. Nape nk kene kasi semua org dgr ek?

I is kurang setuju la. Teringat2 yebbit
Quote nolya 8-2-2025 10:03 AM
Edited by nolya at 8-2-2025 10:06 AM

Syurga itu atas rahmat Allah kpd hambanya.  Boleh ke seorang manusia 'confirm' seorang manusia lain masuk syurga?
Quote nylliette 8-2-2025 01:56 PM
menyampahnya. ulama/mufti pun takde lagi aku dengar confirmkan sapa2 masuk syurga. guna la InshaAllah masuk syurga. yg boleh confirmkan Allah je. ajet2 tul usetad celop
Quote anilanil 8-2-2025 02:39 PM
Ntah la setat.. confirm sana, confirm sini. Itu adik ipar makin galak tayang body sbb acikpor dok body shaming body mcm dah beranak. Punya la gigih nak abs. Baik la gi tegur budak pampers tu.
Quote alesandra 8-2-2025 02:55 PM
Mende yg confirm.. confirm neh.whorryuss.org yg jelas  mati syahid pun masih kita mendoakan masuk syurga
Quote sarah_ary2 8-2-2025 03:21 PM
mengarut ngarut pernyataan dia ni, patut ada org quote this statement and tanya directly dgn mana mana Ustaz biar sedar diri sikit, berlagak mcm Ustaz
Quote ezacbee 8-2-2025 03:23 PM
Dia ni kalau bercakap kalah ustaz bertauliah.

Quote Aribaariba 8-2-2025 08:22 PM
The sil w bf indon tu, is taking this advice to her heart. Buat je ape ygdia ingin, sampai rasa takut nnt dia concentrate mengenang salah n menangis. Tadaaaaaa...stamp nama masuk syurga
Quote innocentsangat 8-2-2025 09:07 PM
Tak solat. Tak masuk syurga pak oztazzz
Quote kiwibenz 9-2-2025 12:26 AM
Rengsa program nangis ala kem ibadat sek rendah dulu
Quote Kancilkering 9-2-2025 10:37 AM
macam siot ipar ipar mesti masuk artis nye cari ke…
Quote ihtisyam1 9-2-2025 11:03 AM
sembang....
Quote QueenGambit 9-2-2025 06:43 PM
Setuju la. Kalau yg  nak share penghijrahan pun aku tak berapa gemar. Ada masanya kena tutup kelemahan diri. Biarlah hanya Allah je tau. Nak share biar circle kecil sahaja sekadar melepas leleh dgn masalah
Quote Dadooooo 9-2-2025 09:13 PM
nutcrack8 replied at 8-2-2025 01:17 AM
Rmai pompuan ek pegi...

Org pompuan ni, elok la luah kat ustzah. W'pon tmpt terbuka mcm ni  , dari ...

Ni btol.. x yah sibuk pegi kt ustaz la sheikh la nak luah bagai.. x segan ke? Cari sesama wanita ustazah lagi afdhol.. ini ade yg sibuk konon nak blajar agama ngn ustaz, nak meluahkan masalah cari ustaz at the end, jdi ke lain..
bnyk kes mcm ni dah.. walau org tu ustaz dia tetao manuss,, org ketiga tetao shaitonnn akan mencelah
Quote scarflicious 9-2-2025 09:17 PM
jap, dia ni mmg dpt kelulusan ke nak berceramah dan bagi nasihat?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.042987 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top