CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isteri bengang kakak kandung suami asyik berkepit, usung merata

10-2-2025 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21353| Komen: 2|Original author: Raline

Dalam satu perkongsian di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila dia kerap disisihkan suami sendiri yang lebih mementingkan kakak kandung.

"Apa pendapat korang bila husband ada kakak yang suka 'berkepit'. Kakaknya single, asyik nak ajak adiknya teman sana sini. Yang kita ni nak jealous rasa bersalah, kena ignore je selalu.

"Selalu terasa, dengan kawan-kawan dia, dengan orang lain. Boleh hampir hari-hari keluar. Tapi bila dengan kita, mengantuklah, penatlah," luahnya dalam hantaran berkenaan.

uk.PNG


Bukan tidak pernah menyuarakan rasa hati kepada suami, namun ujarnya, lelaki tersebut akan menganggapnya memperbesarkan perkara kecil untuk mencetuskan pergaduhan.

"Saya pernah bagi-bagi hint hantar video pasal ni, kena utamakan isteri. Tapi itulah kita yang sakit hati tengok reaction dia.

"Dah cakap tapi selalu dia marah balik, sebabnya saya asyik nak cari gaduh benda kecil," luahnya.

Mengakui tertekan kerana situasi yang dialaminya seperti tidak mempunyai jalan penyelesaian, wanita tersebut bagaimanapun berkata dia sedar apa yang berlaku adalah disebabkan silap sendiri.

"Kadang-kadang sesak dada. Memang daripada kali pertama jumpa, saya dah cakap dengan diri saya, saya akan buat sampai dia jadi boyfriend dan husband.

"Walaupun jika saya kena buat lebih pun, saya akan buat. Sekarang ni saya tahu husband memang sayangkan saya.

"Tapi sayang dia belum boleh dibandingkan dengan perasaan saya. Kadang-kadang saya rasa salah saya sebab menjangkakan yang lebih-lebih daripada dia

"Saya cuma berharap satu hari nanti dia akan lebih menyayangi saya," tulisnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan menyarankan supaya wanita berkenaan 'berundur' daripada terus disakiti.

"Kena carikan suami untuk kakak tu.

"Awak ada hak. Kakak dia yang kena mengalah. Geram pula kita.

"Maaf cakap. Lelaki kalau macam ni tak berbaloi nak pertahankan... dia lebih memilih kawan-kawan dan kakak dia. Dia takkan berubah sebab awak bukan pilihan utama dalam hidup dia. Esok kena tinggal baru menggelupur.

"Entah kenapa saya rasa cinta datang daripada sebelah pihak saja. Sebab biasa pasangan yang dah kahwin ni, lagi pula mood honeymoon dan belum ada anak, memang nak berkepit saja," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 10-2-2025 04:01 PM
dah main la tu...simple je...
Quote BoongaKertas 12-2-2025 11:15 AM
fetish dgn adik sendiri ke akaknya tu? gelinya.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.097430 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top