CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump

10-2-2025 07:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36747| Komen: 4|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-10 144152.png


MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan usaha menamatkan perang di Ukraine sudah dibincangkan bersama Presiden Russia, Vladimir Putin.

Perbincangan bagi tujuan itu dibuat melalui panggilan telefon bersama Putin, sekaligus menjadi perbualan rasmi pertama antara dua pihak berkenaan sejak awal 2022.

Menurut laporan New York Post, AS sedang berunding dengan Russia dan Ukraine bagi mencari penyelesaian konflik itu, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Trump sebelum ini berulang kali berjanji untuk menamatkan perang tetapi masih belum mengemukakan pelan terperinci mengenainya secara terbuka.

Trump memberitahu New York Post, bahawa adalah lebih baik tidak menyatakan butiran perbincangannya bersama Putin

Beliau juga tidak mendedahkan bila perbualan terkini itu berlangsung.

"Beliau (Putin) mahu melihat pertumpahan darah dihentikan," katanya melalui temu bual yang diadakan dari pesawat rasminya, Air Force One.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, memberitahu agensi berita TASS bahawa terdapat banyak komunikasi berbeza yang muncul.

"Saya secara peribadi mungkin tidak mengetahui sesuatu atau tidak menyedarinya. Oleh itu, dalam kes ini, saya tidak dapat mengesahkan atau menafikannya," katanya.

Penasihat Keselamatan Negara AS, Mike Waltz, juga enggan memberi komen mengenai butiran pertemuan itu.

"Saya tidak akan mendahului presiden, dan sudah tentu terdapat banyak perbualan sensitif yang sedang berlangsung," katanya.

Trump berulang kali menyatakan hasratnya untuk menamatkan perang dan akan bertemu dengan Putin bagi membincangkannya, walaupun tarikh atau lokasi sidang kemuncak itu masih belum diumumkan secara rasmi.

Reuters awal bulan ini, menyatakan Arab Saudi atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan menjadi pilihan Russia sebagai lokasi bagi sidang itu.

Dalam tempoh terdekat ini, beberapa pegawai kanan AS dijangka berlepas ke Eropah bagi membincangkan perang Ukraine, termasuk Setiausaha Negara AS, Marco Rubio; Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth; Naib Presiden AS, JD Vance dan utusan khas bagi perang Ukraine, Keith Kellogg.

Dalam temu bual dengan NBC, Waltz menyatakan bahawa Trump bersedia menggunakan sekatan ekonomi dan tarif bagi memujuk Putin ke meja rundingan.

Beliau berkata, pegawai AS dan Ukraine akan membincangkan kemungkinan AS mendapat akses kepada sumber nadir bumi Ukraine sebagai pampasan terhadap bantuan yang diberikan kepada negara itu.

"Perbincangan itu akan berlangsung minggu ini," katanya.

Sebelum ini, Kremlin berulang kali menggesa supaya spekulasi mengenai sebarang komunikasi dengan pasukan Trump berhubung perjanjian damai tidak diperbesarkan.

Reuters, The Washington Post, dan Axios sebelum ini melaporkan bahawa Trump dan Putin sudah berbincang pada awal November, tetapi Kremlin menafikan laporan berkenaan.

Pada Jumaat, Trump berkata beliau mungkin akan bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, minggu depan untuk berbincang mengenai penamatan perang. - REUTERS


Sumber – Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 10-2-2025 07:01 PM
Pstu suruh Ukraine keluar ke negara lain.. US nk bngunkn kwsn yg rosak tk?
Quote hyie 10-2-2025 10:52 PM
bang putin suntik botox ke noks?
Quote sharlenetexas 10-2-2025 10:53 PM
hyie replied at 10-2-2025 10:52 PM
bang putin suntik botox ke noks?

Buat facial je kot.

Quote Purplehaz 11-2-2025 01:06 AM
Pov:  I'm Shake hand to a businessman not a great leader

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.141334 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top