PELAKON Rozita Che Wan memaklumkan anak saudaranya iaitu Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha meninggal dunia ketika sedang tidur. Menurut Rozita, 52, adiknya iaitu pelakon Ayu Raudhah terus menelefon ambulans selepas mendapatu anaknya itu tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang selasa. “Meninggal di rumah lebih kurang pukul 1 tadi. “Ayu panggil ambulans sebab tengok bayi dah tak sedar, meninggal dalam tidur,” katanya. Dalam pada itu, Rozita meluahkan rasa sedih sejurus selepas mendengar berita pemergian Allahyarham. Malah dia sangat dengan arwah memandangkan Ayu dan keluarga sering datang ke rumahnya.
“Ya Allah, pilu dan rasa teramat sedih dengan berita yang diterima. “Mereka sekeluarga selalu datang tidur rumah jadi memang rapat dengan anak-anak saudara termasuk arwah,” ujarnya. Pada petang Selasa, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha berkongsi berita anak bongsunya meninggal dunia menerusi Instastory miliknya. Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees, lahir pada 2 Ogos tahun lalu. Difahamkan jenazah masih berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan dan pihak keluarga berharap arwah dapat dikebumikan pada malam ini. Untuk rekod, Zaquan mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan enam cahaya mata lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 12, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun. Sumber : mStar |
peacock.bass replied at 11-2-2025 07:02 PM
meninggal sbb apa
ADVERTISEMENT