CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja kantin tampar anak usia 4 tahun berulang kali di pasar raya Perlis

11-2-2025 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25249| Komen: 148|Original author: Raline

aa.PNG


Seorang pekerja kantin ditahan selepas didakwa memukul dan mencederakan anaknya di sebuah pasar raya di Perlis.

Penahanan itu dibuat di sekitar Mata Ayer susulan tularnya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia menampar anaknya secara berulang kali.

Kekasaran yang dilakukan wanita berusia 37 tahun itu menyebabkan mangsa jatuh dan cedera akibat terhantuk bucu bangku di hadapan pasar raya.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, anak mangsa yang berusia empat tahun luka pada kening dan sudah diberikan rawatan.

"Dalam video tular itu memaparkan suspek memukul bahagian belakang kepala seorang kanak-kanak perempuan sehingga terhantuk di bucu bangku dan berdarah.

"Kejadian disyaki berlaku di hadapan kaki lima pasar raya di Jejawi, Arau dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk direman bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 11-2-2025 12:20 PM
Tak guna pny perempuan gemok gundu. Dgr citer dia marah anak dia mintak choki2. Aje giler pukul kepala sampai gituh
Quote luvly_snow8608 11-2-2025 05:01 PM
Bodoh punya betina gundu jahanam. Anak umo 4 tahun dilempang berkali2 sampai luka kt dahi. Apa salah budak kecik yg pikiran xmatang lg tuuuu. Tu la org nak beranak ko nak beranak. Ujung2 stress xmampoo nk bela anak terus dibelasah sesuka hati. Bangangggg
Quote Prickford 11-2-2025 05:12 PM
Kesian. Koyak dahi dekat kening tu. Elok anak kau cantik comel dah bertanda berbekas jahitan. Ish geram la. Takleh brain dgn pempuan yg kau sibuk2 nak beranak, tapi mental health takleh jaga. Yg laki plak tah wujud ke tidak. Kena tangkap pon kat bilik sewa, cukup mengatakan yg kau tu bukan orang senang tapi sibuk2 nak membiak.


dahi.jpeg

Quote asfaz 11-2-2025 05:27 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DF65TWGyqr8/?igsh=MTFmZmFlMmVyc3Qzag==[/ig]
Quote syamzana 11-2-2025 05:35 PM
uishhh 2x tu kena bucu bench tu. kot la nak ngajar, sekali tu sudah la...ni berkali2 pause tampar kejadahnya.
dgn pakai baju ketat gelemat pastu lengan pendek ujung2 pakai tdg ikat leher
yindon kah dia?
Quote miss_white 11-2-2025 05:46 PM
Muka mcm indon je
Indon je yg suka pakai baju lengan pendek dgn tudung
Sakit tu terhantuk kt bucu bangku
Tak guna punye emak tak sayang anak ke

Quote cmf_jeangrey 11-2-2025 06:08 PM
Sambil hempuk anak sambil membiak...mmg bangsa ni juara..takde siapa yg nak neuter ke monster ni??



Quote Orenn1 11-2-2025 06:34 PM
Jahat gila, perangai mcm tak sekolah
Quote Orenn1 11-2-2025 06:35 PM
Gila weiii takde empathy langsung huh
Quote sapeka 11-2-2025 06:53 PM
Kesian
Budak tu tak minta dilahirkan
Quote Supersirap 11-2-2025 06:55 PM
masalah mental mak dia ni
Quote Minami2013 11-2-2025 07:03 PM
Baran betul perempuan ni pukul anak gitu.
Quote wikedsaikel 11-2-2025 07:06 PM
Ada masalah duit ke?
Quote n3ar 11-2-2025 08:02 PM
ada org share dia update kt fb kecam geng2 yg report dia..dia kata ada sebab dia buat cmtu..konon anak dia hilang g tmpat lain..dia risau kena culik ke apa..sbb tu masa jumpa dia geram g bantai..apa ke bodoh punya alasan..

yg lg bodoh ada acik2 dlm media sosial sokong si gundu ni kata mungkin x sedar masa buat tu..sebb cuak sgt la apa bila anak tak nampak...
Quote makita 11-2-2025 08:26 PM
Prickford replied at 11-2-2025 05:12 PM
Kesian. Koyak dahi dekat kening tu. Elok anak kau cantik comel dah bertanda berbekas jahitan. Ish ge ...

Nsib kene kat kening..kalau bucu tu kene mata dan berdarah aish. Ank tu dah 2 kali kene tolak pon msih peluk mak dia. Tapi tu la..bak kata ustaz fb, anak tak boleh kecik hati dgn mak.
Quote blue_blur 11-2-2025 08:32 PM
ni kalau zaman dulu takde rakam2, kat situ juga hentak muka dia.....
Quote nono86 11-2-2025 09:07 PM
Agaknya kalau apak/ laki tengok dia biar aje ke anak diperlaku sebegitu?
Quote Chah21 11-2-2025 10:37 PM
Izinkan sy mencarut..hurm.. sakitnya hati kn ayat yg last tu
Quote hiswife 11-2-2025 10:44 PM
Kesiannya anak

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.087510 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top