PETALING JAYA – Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, DAP hanya ada 40 kerusi dan boleh sekadar berkhayal sahaja jika mahu pinda Perlembagaan berhubung kedudukan Islam. Setiausaha Agung UMNO itu berkata,semua pihak perlu hormati Perlembagaan Perkara 3 Kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu Pemelihara Islam, tiada keperluan untuk melantik Menteri Hal Ehwal Agama lain. “Menteri Perpaduan yang patut jalankan kerja! “Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, Islam adalah agama Persekutuan (Perkara 3), tetapi ia juga menjamin kebebasan beragama untuk semua (Perkara 11), namun tiada peruntukan yang menyediakan tatacara khusus pengurusan agama selain Islam. “Pandangan dan cadangan boleh dibuat namun akhirnya Perlembagaan sebagai Undang-undang tertinggi negara adalah pemutus segalanya,” jelasnya dalam satu hantaran terbaru di Facebook hari ini.
Tambah Asyaf, mungkin ada pula yang akan persoal bahawa perlembagaan boleh dipinda. “Ya! Namun dalam hal melibatkan kedudukan Islam dan Melayu, syarat untuk meminda bukan sahaja Ahli Parlimen mesti cukup minima 148 orang (2/3 majoriti) menyokong pindaan. “Tetapi yang paling penting mesti mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
annehuda replied at 14-2-2025 02:24 AM
Korg jgn memain. Skrang yelah 40 kerusi katanyeh. Tp tgk pattern org melayu yg malas keluar mengundi ...
Orenn1 replied at 14-2-2025 06:04 AM
Mamat ni ambil kesempatan panaskan keadaan utk nampak hero pejuang melayu isle bagaiii phuiii. Peran ...
s@s@ replied at 14-2-2025 12:39 AM
xde ekstrem mana pun garis panduan jakim tu...
johor dah keluar lagi awal xde isu pun
Orenn1 replied at 14-2-2025 04:38 PM
Mcm tu punya garis panduan tak ekstremm? adoii sabo je. Yg kata joho dah keluar awal takde isu pun ...
s@s@ replied at 17-2-2025 03:05 AM
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mainj-keluar-fatwa-larangan-orang-islam-hadir-ritual-ke ...
ADVERTISEMENT