CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Semoga anak daddy hadir dalam mimpi," Zaquan Adha dan Ayu Raudhah sunyi

14-2-2025 07:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8640| Komen: 1|Original author: Raline

s 1.PNG


Kehidupan pemain bola sepak Zaquan Adha dan isteri, Ayu Raudhah terasa sunyi selepas pemergian anak bongsu mereka iaitu Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.

Meskipun berat ujian dilalui itu, Zaquan atau Mohamad Zaquan Adha Abd Razak, 38, bagaimanapun percaya putera kecilnya itu kini berada di tempat yang lebih tenang dan bahagia.

"Ya Allah. Dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagialah adik Raees di sana," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory.

Di sebalik kesedihan yang melanda, Zaquan berharap agar Raees hadir dalam mimpinya untuk memberikan sedikit ketenangan.

Malah dia mengakui berusaha menjadi seorang bapa yang tabah dan kuat demi keluarga tercinta meskipun terlalu berat untuk menghadapi kehilangan ini.

s.PNG


"Semoga anak daddy hadir dalam mimpi daddy. Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan ya Allah," ujarnya.

Pada Selasa lalu, bayi berusia enam bulan itu menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.

Untuk rekod, Zaquan dan Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.


Mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 12, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 14-2-2025 11:53 PM
anak lain tak terasa ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037502 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top