CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Kyle dan Mimi Lana nikah hari ini

14-2-2025 07:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23068| Komen: 245|Original author: Raline

sk.PNG


Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan melangsungkan pernikahan, hari ini.

Menurut sumber kepada Harian Metro, pasangan itu mengadakan majlis pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.

"Mereka bakal berkahwin petang ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung Mimi di Taiping," katanya.

Menurut sumber, majlis pernikahan itu dilaporkan berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui pihak media atau orang luar.

"Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian," katanya.

Lebih menguatkan spekulasi itu, Mimi memuat naik foto di Instagram memaparkan tangannya yang sudah disarung cincin bersama tangan lelaki dipercayai Syafiq.

Selain disertakan dengan emoji hati dan cincin, Mimi turut memuat naik gambar dia berpelukan bersama Syafiq.


Selain itu, ibu Syafiq iaitu Rohaya Sulaiman turut memberi bayangan terdapat sesuatu yang bakal berlaku menerusi perkongsian di Instagram Story.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan kami," katanya.

Terdahulu, Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.


Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.

Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.


Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi kedua-dua pelakon itu dan pengurus mereka, Iman Tang bagi mendapatkan pengesahan mengenai pernikahan itu tidak berjaya.

Kesemua mereka tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Namasayaomel 14-2-2025 05:19 PM
wow cam x caye...mimi lana pilih jate tu jugakkk
Quote lolipopmanish 14-2-2025 05:21 PM
Tahniahhhhh

Akhirnyaaaaaaaaaaa
Quote Nozot 14-2-2025 05:22 PM
Alhamdulillah, tahniah
Quote virgocircus 14-2-2025 05:22 PM
Wahhh menjadi jugak deme ni. Kuat jodoh! Anyway tahniah sapik n mimi
Quote Incanto 14-2-2025 05:23 PM
pakai balik baju yg di tempah dulu ke?
Quote anony-mous 14-2-2025 05:24 PM
Dejavu
Quote syamzana 14-2-2025 05:24 PM
tggu keluar pic akad nikah baru percaya
Quote 3chanceno 14-2-2025 05:33 PM
Edited by 3chanceno at 14-2-2025 05:35 PM

Tunggu pengesahan depa nikah...
Jgn pulak gunakan Alasan - "kalau belum pasti jgn kongsi",  pasal dah digunakan perantin baru yg lain
Quote Madison00 14-2-2025 05:34 PM
Tahniah, sama cantik sama padan . Dua dua tengah popular
Quote polyx 14-2-2025 05:46 PM
Tahniah.
Quote za8da 14-2-2025 05:47 PM
Kuat betul jodoh dorg eaaaa. Moga berkekalan hendaknya. Amin
Quote hasniey 14-2-2025 06:00 PM
Alhamdulillah tahniah.
Masih tertanya2 kenapa xjd kahwin aritu.pdhal mjlis lg bpe hari je kan.lepas xjd kahwin pon elok je keluar sama2.igtkan gaduh putus sbbtu xjd kahwin
Quote dua_chzy 14-2-2025 06:05 PM
Tahniah uols berdua. Punya la helok Mimi Lana ni. Suma features cantik terletak.
Quote Minami2013 14-2-2025 06:11 PM
Akhirnya.. moga berbahagia hingga ke syurga
Aaaminnnn
Quote shaiy 14-2-2025 06:21 PM
Walo jdoh kuat tp aku mmg nmpk body language mimi je yg lebih2. Tkkn la sapik sejenis tk show kan?eh tipu la. Even bcl yg geletis2 je dkt laki tp still nmpk la si laki botak dia tu bg feedback yg depa love each other. Tp ni tah la nmpk mimi je over.
Quote Tinot7 14-2-2025 06:43 PM
Tahniah!

Cantik idung mimi..
Quote Glass_shoes 14-2-2025 07:03 PM
Tahniah..Akhirnya..Semoga berbahagia
Quote noor2 14-2-2025 07:18 PM
Orang Perak rupanya...lawa mimi lana ni
Quote HappyGumbira 14-2-2025 07:19 PM
1000255146.jpg

Lihat semua komen(245)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.106557 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top