CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marrybrown rancang buka 40 restoran baharu di seluruh Malaysia tahun ini

14-2-2025 07:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24012| Komen: 47|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-14 001452.png


KUALA LUMPUR: Marrybrown, rangkaian restoran perkhidmatan pantas halal (QSR) terbesar di Malaysia mengumumkan rancangan untuk memperluaskan cawangan di seluruh negara dengan membuka 40 restoran baharu pada 2025.

Peluasan besar-besaran ini dilakukan selepas kejayaan Marrybrown meraih Perak di Anugerah Putra Aria Brand 2024 dalam kategori 'Restaurant & Fast Food Outlets'.

Peluasan ini akan memberi tumpuan kepada kawasan utama seperti Lembah Klang, Malaysia Utara, Pantai Timur, dan Malaysia Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan, berkata kejayaan Marrybrown meraih anugerah berprestij ini mengiktiraf pencapaian jenama dalam penglibatan pengguna, pertumbuhan pasaran, dan prestasi perniagaan yang luar biasa.

"Kami amat teruja untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan kami. Peluasan ini bukan sekadar membuka restoran baharu, ia adalah mengenai berkongsi cita rasa asli Malaysia dan menawarkan sesuatu yang berbeza kepada komuniti di seluruh negara.

"Kemenangan Anugerah Perak ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai jenama tempatan terkemuka yang mampu bersaing dengan rangkaian QSR global," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, cawangan baharu terbabit akan menawarkan hidangan istimewa Marrybrown diinspirasikan oleh masakan Malaysia yang kaya dengan cita rasa, serta memperkenalkan hidangan inovatif yang meraikan kekayaan rasa tempatan.

Katanya, strategi peluasan ini akan memberi tumpuan untuk membawa pengalaman Marrybrown ke hab komuniti dan destinasi pelancongan popular, memudahkan akses kepada penduduk tempatan dan pengunjung untuk menikmati cita rasa asli Malaysia.

"Kejayaan kami berakar umbi dalam warisan Malaysia. Seiring dengan perkembangan ini, kami tetap komited untuk menunaikan moto 'Memang Best' kami, dengan terus menyajikan makanan berkualiti dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara," katanya.

Kredit -BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 14-2-2025 12:19 AM
Ayam goreng tak sedap
Quote pisanggoreng 14-2-2025 01:28 AM
ayam goreng liat
Quote annehuda 14-2-2025 02:41 AM
Aku suka bubur die. Sbb lg banyak dari MCD, tak kedekut gitu
Quote cmf_jeangrey 14-2-2025 02:54 AM
Sedap juga..kalau dah depan mata dan teringin, iols beli je either kfc, mcd, a&w atau marrybrown
Quote vespa_oren 14-2-2025 07:24 AM
Anak aku suka sbb ada tempat bermain jer
Lbh suka kepsi
Quote Tinot7 14-2-2025 07:36 AM
Nama naik lepaih mekdi kepci stabak merundum ka?
Quote A-Are 14-2-2025 08:54 AM
merry brown ni naik pasal org boikot mcD dan kfc..kalau x sunyi je dulu2 branch nya...ayam dia mcm terlebih goreng kadang tu sampai color coklat2, ada sekali i ols complain jugak dekat grab geram dapat kecik2 kaler mcm da 10x goreng...yg i ols suka bubur pedas dia je..memang diakui sedap..
Quote noorhairiahma 14-2-2025 09:04 AM
Ayam yang sedap, tetap KFC.

Fries dan burger yang sedap, tetap McD.

Marrybrown yang sedap, bubur je.
Quote kucingitam 14-2-2025 10:54 AM
aku sorang je eh rasa ayam MB sedap, besar, lazat. Ayam ni ikut outlet la.. kat tempat aku ada 2 outlet yang dekat, tapi satu tu je yang sedap, yang satu lagi mmg ayam hitam, overcooked, dry. eh tiber teringin ayam MB plak..aduih..
Quote Decaffeinated 14-2-2025 11:26 AM
Marry? Siapa yg nak kawin

Spelling pun salah macam barang fake petaling street juga.
Quote AbukRokok 14-2-2025 11:35 AM
bila nak bagi kupon promo
Quote green~tea 14-2-2025 11:35 AM
Aku suka Portuguese egg tart kfc..

Marrybrown ni anak & nephews suka ayam, nugget & burger dia... and of coz the playground..
Diorang malu nak makan mekdi, stabak sbb kawan2 kat skolah boikot... takut kena ejek..

Aku cakap buat apa malu, bukan kita mengemis duit diorang pun nak makan stabak, mekdi.. tak perlu bgtau orang pun
Quote TeropongThaico 14-2-2025 02:23 PM
Marrybrown sedapnya dkt bubur dan nasi je
Yg lain takleh lawan kepci dgn mekD
Quote Supersirap 14-2-2025 02:40 PM
Ayam gorengnya boleh tahan sedap
Quote ninja boy 14-2-2025 02:49 PM
Outlet merrybrown x consistent ada bubur sedikit sgt macam cair
Quote elnor_81 14-2-2025 02:53 PM
Tlg jge kualiti dulu..sedih dpt ayam goreng mcm nk hangus...gelap je kaler..rse.pun x.sdp. ad time.ok...ok la..ad time out..rse nk.lempar ayam.tu
Quote ninja boy 14-2-2025 03:01 PM
Edited by ninja boy at 14-2-2025 08:51 PM

Menu nasi lemak merybrown dan mekdi dua2 sedap, kfc nasi lemak x sedap
Bubur pedas merrybrown cair x berbaloi dgn  harga rm9, susah cari outlet yg tepu bubur dia, lada sambal terlebih ai simpan petias buat nasi goreng atau bubur lain, mekdi bubur ayam murah rm6 tapi ada outlet yg bubur dan ayamnya byk, kira bubur merry pedas sedap tapi mahal, bubur mekdi murah
1 set mekdi lebih kenyang, kfc kenyang, merrybrown x kenyang
Kfc dan merybrown outlet tertentu je sedap, mekdi hampir semua sedap konsinten
Utk ayam promotion spt tomyam spicy cereal etc kfc dan merrybrown sedap tapi kena makan dgn nasik sbb ayam terlalu pedas atau berempah
Pergi merrybrown boleh pokai sbb akan tapau nasi lemak dan bubur pedas atau mee curry, kfc beli ayam boleh makan 1.5 dan 1.5 simpan esok, mekdi pun sama makan ayam 1.5 dan 0.5 simpan utk esok campur nasi goreng, merybrown ayam dia kecik sbb itu 1 set x kenyang
Zinger kfc sedap, mekdi mcdeluxe sedap, burger mekdi semua sedap
Kesimpulnnya mekdi bagus sedap konsinten dan cepat dan sgt kenyang dan murah, kfc sedap x kosisten lambat dan kenyang dan mahal, merrybrown sedap x kosisten lambat dan x kenyang dan mahal

Quote little_sis 14-2-2025 04:56 PM
Ayam dia makan panas2 sedap juga, cuma yang aku dapat kat outlet tu, ayam kecik2 je ha terkejut masa first time beli tu.
Quote emera 14-2-2025 06:23 PM
Ayam x bleh lwn kfc. Kfc lately ayam dah besau2. Dulu marrybrown punye ayam hotouch sedap.. skrg ntahapehape je rasa. Pelik pulak aku knp dh jd x sedap. Bubur MB sedap esp yg pedas tu.. kena buang half cilinya.. kalau x, menangis2 masa makan.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041584 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top