Menurut Nelydia, atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen, 31, dia sentiasa terbuka menerima kehadiran cahaya mata jika diberikan rezeki oleh Allah SWT. “Saya sentiasa terbuka untuk dikurniakan rezeki (anak) daripada Allah SWT. Kalau sudah tertulis, saya terima dengan hati yang gembira. Itu pasti menjadi kebahagiaan terbesar buat saya. Selebihnya, saya serahkan kepada percaturan-Nya,” ujar Nelydia dengan penuh makna. Bercakap tentang hubungan akrabnya dengan anak kakaknya, Uqasha Senrose, iaitu si comel Hawra Uqaira, Nelydia mengakui bayi itu benar-benar mencuri hatinya. “Saya sangat sayangkan Uqaira, dialah soft spot saya! Setiap kali tengok dia, hati saya rasa sebak dan hampir menangis. Memang saya dah ada anak saudara sebelum ini, tapi mungkin sebab Uqaira ni anak saudara perempuan pertama dalam keluarga, jadi perasaan tu lebih kuat,” katanya penuh kasih.
|
cicicumel replied at 14-2-2025 08:05 PM
Cpt2 lah buat IVF..syg baka elok ..sorg lagi si pelakon/pengacara astro lupa nama .. apa laki elok s ...
Missjass replied at 14-2-2025 04:46 PM
Syamim farid ke?
ADVERTISEMENT