CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awie lakar sejarah The Malaysia Book of Records (MBOR)

15-2-2025 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 431| Komen: 2

 


Penyanyi Datuk Awie melakar sejarah apabila Konsert Triad yang dijayakannya bersama tiga kumpulan rock ikonik negara, iaitu Wings, Search Kid Din dan Dragon Malaya menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai artis pertama yang menggabungkan band dalam konsert tahun ini.

Majlis penyerahan sijil pengiktirafan itu disempurnakan wakil MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzafar Shah sejurus selepas konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, di sini, malam tadi, berakhir.

Dalam ucapannya, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menyifatkan kejayaan diraih adalah hasil kerja keras mereka yang terbabit dalam menjayakan konsert berkenaan.


"Sejarah ini saya kongsi dengan Wings, Search dan Dragon Malaya. Ini sejarah yang tidak boleh dijual beli. Terciptanya sejarah ini atas usaha kental mereka semua.

"Begitu juga dengan semua kru yang bekerja siang dan malam, pasukan teknikal, pihak pengurusan serta penerbitan konsert. Anda (penonton) jadi saksi wujudnya sekeping sijil yang sangat berharga ini.

"Terima kasih kepada MBOR kerana memberi pengikirafan ini. Saya sangat sebak dan terharu. Insya-Allah, kita akan buat lebih baik, tahun depan. Kita akan saksikan yang lebih hebat selepas ini. Itu kalian kena tunggu," katanya sambil disambut dengan sorakan kira-kita 2,400 penonton yang membanjiri lokasi itu.


Pada konsert durasi dua jam setengah itu, Awie membuktikan keampuhan stamina yang dimilikinya menyanyikan 25 lagu tanpa henti. Lebih mencabar apabila kebanyakan lagu yang dipilih boleh dikatakan kesemuanya bernada tinggi.

Namun, berkat membuat latihan intensif selama sembilan jam sehari membuatkan semua cabaran dapat dilalui Awie dengan mudah.

Konsert anjuran Rumah Produksi Merah itu menyaksikan vokalis Wings itu menyampaikan lagu popular ketiga-tiga band berkenaan. Antaranya, Puisi Merdeka, Jerangkung Dalam Almari, Sejati, Romanis, Taman Rashidah Utama, Rentap, Bumi Kita Ada Naga, Kuda Tiga Kaki dan Maya.

Turut didendangkan, Pasti, Diari Habil Qabil, Nur Nilam Sari, Balada Pemuzik Jalanan, Rock N Roll Pie, Kejora, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Kereta Merah yang menjadi lagu penutup tirai konsert.

Sumber  - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 16-2-2025 06:47 AM
Pelik2 je record dr MBOR ni. X faham apa rekod yg tercatat? Apa yg SG faham rekod menggabung 3 group dgn guna 1 vocalist je. Betul dak?
Quote ilahaz 16-2-2025 12:23 PM
Padu tokwie nyanyi mlm tu.. kid pun best

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.028047 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top