CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Percikan bunga api, gesekan biola rai resepsi Syafiq, Mimi Lana

16-2-2025 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2156| Komen: 2|Original author: Raline


SYAFIQ-SALEHA.jpeg


Bijak menyimpan rahsia, pasangan pengantin sensasi Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup semalam turut diraikan dengan acara resepsi istimewa di The Petrichor Taiping, Perak, malam tadi.

Bertemakan persandingan dalam taman, pasangan mempelai yang selamat bergelar suami isteri di kampung Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, memilih tema putih sebagai warna persalinan mereka.

Selain hanya dikelilingi saudara-mara serta rakan terdekat, majlis penuh intimasi tersebut dilatari deretan lagu cinta menyaksikan pengantin dan tetamu dihiburkan penyanyi Naim Daniel.


Syafiq, 32, yang segak menggayakan sut rona putih kelihatan berseri-seri di samping suri hati miliknya sambil menikmati momen bersejarah mereka.

Menerusi video yang dikongsikan tetamu, terserlah dekorasi indah yang menonjolkan aura romantis, termasuk pemilihan lampu, bunga-bungaan serta sentuhan terhadap khemah pengantin.

Sebagai pelengkap kisah mereka, paparan kata-kata cinta yang melatari beberapa sudut di halaman premis terbabit juga membayangkan cerita perjalanan Syafiq dan Mimi.



Suasana malam turut menggandakan keindahan acara yang berlangsung di tempat sama kedua-dua pelakon itu dinikahkan sekitar pukul 5 petang, semalam.

Rakan selebriti yang turut kelihatan pada majlis tersebut ialah sahabat baik Mimi juga penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz selain penyampai radio, Radin yang bertindak sebagai pengacara.

Selain memotong kek perkahwinan dan dihiburkan alunan gesekan biola ketika menjamu selera, percikan bunga api juga antara kemuncak keraian dua hati itu.

Terdahulu, berita pernikahan Syafiq atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak dan Mimi mengundang kejutan kerana perkara tersebut langsung tidak dapat dihidu ramai.

Berita gembira itu dikongsi aktor terbabit sendiri yang mencuri perhatian apabila memuat naik foto tangannya memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di Instagram.

Teka-teki kemudian terjawab selepas sumber terdekat mengesahkan pasangan terbabit bernikah di Taiping.

Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis terbabit dibatalkan secara tiba-tiba.

Tidak memperincikan punca pembatalan, mereka mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 17-2-2025 10:35 AM
tahniah utk mempelai
Quote prince_marhaen 17-2-2025 10:46 AM
"...SYAPIKKKK...BELAKANG SIKIT..."

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.044194 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top