CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki amuk hayun parang, 4 anggota polis cedera ditetak di Sungai Petani

16-2-2025 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2430| Komen: 18|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-15 232107.png


EMPAT anggota polis cedera akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Sungai Petani, Kedah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, insiden berlaku ketika proses anggota polis mahu menangkap suspek lelaki berusia 32 tahun itu.

Beliau berkata, kesemua anggota polis terbabit berusia antara 30 hingga 50-an mengalami kecederaan di kepala, tangan, bahu serta pinggul.

"Dua anggota polis yang berusia 40-an dan 50-an masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala dua lagi anggota yang berusia 20-an sudah dibenarkan keluar.

"Suspek pula dilaporkan meninggal dunia pada 1.04 pagi Sabtu dan laporan bedah siasat belum diperoleh setakat ini," katanya dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Wan Azharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu kerana kes masih dalam siasatan.

Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 16-2-2025 10:35 PM
Cap ckp ust tuye ?
Quote borne 16-2-2025 11:07 PM
Buat buang karan je mengamuk last2 dia yang mati.
Quote grouper 17-2-2025 01:15 AM
Tetiba mati plak tanpa sebab
Quote emera 17-2-2025 05:58 AM
Knp x tembak guna pelali? Panggil perhilitan lenkali kalu ada org amuk kan dh kurang anggota polis 4 org kena mc.
Quote emera 17-2-2025 05:58 AM
Knp x tembak guna pelali? Panggil perhilitan lenkali kalu ada org amuk kan dh kurang anggota polis 4 org kena mc.
Quote Sesuatu… 17-2-2025 10:20 AM
Dia amuk hayun parang tetak pulis lepas tu mcm mana pulak dia buleh mati lepas tu? Laporan berita ni skip cerita tiba2 dh mati
Quote Jitu 17-2-2025 11:25 AM
Sesuatu… replied at 17-2-2025 10:20 AM
Dia amuk hayun parang tetak pulis lepas tu mcm mana pulak dia buleh mati lepas tu? Laporan berita ni ...

kena tembak
tu la berita pun hampeh
Quote Sesuatu… 17-2-2025 11:57 AM
Jitu replied at 17-2-2025 11:25 AM
kena tembak
tu la berita pun hampeh

Trimas kaka tlg jwbkn…seb bek aku x speku beksin kobid punca mati lepas menetak org…
Quote tungkai 17-2-2025 11:58 AM
Nape tak guna jala? Guna distraction la cam pulis Thailand buat
Quote swateng1 17-2-2025 04:51 PM
caprice cakap ni la ostad yg hntr lucah2 kat bini org tu. ada masalah mental rupanya
Quote honeybee1802 17-2-2025 04:59 PM
swateng1 replied at 17-2-2025 04:51 PM
caprice cakap ni la ostad yg hntr lucah2 kat bini org tu. ada masalah mental rupanya

Ustad yg tu ke?apa kehal la sampai jd gitu?
Quote Firenzza 17-2-2025 05:03 PM
Bkn ke blai pulis ttup pkl 12 ke iols yg salah baca waktu operasi yg pudin ckp aritu
Quote syamzana 17-2-2025 05:31 PM
Firenzza replied at 17-2-2025 05:03 PM
Bkn ke blai pulis ttup pkl 12 ke iols yg salah baca waktu operasi yg pudin ckp aritu

uols sarkastik ke benaran neh??

balai polis mana tu katup pkl 12
Quote Firenzza 17-2-2025 09:00 PM
syamzana replied at 17-2-2025 05:31 PM
uols sarkastik ke benaran neh??

balai polis mana tu katup pkl 12

Beneren sis.....ni iols tepek....

Arahan pentadbiran perintah tetap Ketua Polis Negara turut memasukkan balai polis ditutup selepas pukul 10 malam. Ia kerana kita kena imbangi balai polis sebagai tempat aduan dan dalam masa sama balai polis juga turut jadi sasaran,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari in.

9 Jul 2024
Quote primarikey 17-2-2025 09:08 PM
tungkai replied at 17-2-2025 11:58 AM
Nape tak guna jala? Guna distraction la cam pulis Thailand buat


Mgkn xde jala di tempat kejadian uols..
Klu ikut laporan...anggota polis tu di arah bwk suspek utk dptkn rawatan...tp tak sangka pulak masa smp ayah suspek ckp suspek tgh mandi...anggota polis tggu kt ruang tamu...tetiba suspek kuar bilik hayun parang...tu yg member luka2...sbb x sangka suspek ganas tahap cmtu gaknye
Quote primarikey 17-2-2025 09:12 PM
grouper replied at 17-2-2025 01:15 AM
Tetiba mati plak tanpa sebab

Mati ditembak polis ....polis nk pertahankn diri katanya...abes dh diamuk dgn parang...klu iols pn iols tembak jek...safety first
Quote syamzana 17-2-2025 09:58 PM
Firenzza replied at 17-2-2025 09:00 PM
Beneren sis.....ni iols tepek....

Arahan pentadbiran perintah tetap Ketua Polis Negara turut mema ...

apa2 emergency jd pasni nak report kemana?

adeiii pelik2 laa rules pun.

dah mmg balai tu tmpt polis berkumpul, kene la siap sedia waspada kot jd sasaran pun...girtuhh iols selfish
Quote swateng1 18-2-2025 11:10 AM
honeybee1802 replied at 17-2-2025 04:59 PM
Ustad yg tu ke?apa kehal la sampai jd gitu?

mental tahap kronik agaknya.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.170454 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top