Pelakon jelita yang pernah menempa populariti menerusi filem Pardes ini telah didiagnos menghidap kanser payudara pada 2022. Mahima merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu bapanya sehinggalah video dia menghidap kanser tular dalam media sosial. Kata Mahima, dia mahu terus kuat berjuang melawan penyakit itu dan menjadikan Sanjay Dutt sebagai panduan. Mahima turut meluahkan kekesalannya kerana tidak membuat pemeriksaan payudara lebih awal meski telah dinasihati rakan-rakannya. Sonali Bendre Kejelitaan dan tubuh seksinya sering mencuri perhatian ramai. Namun, cukup mengejutkan pada 2018 Sonali disahkan menghidap kanser payudara tahap 4. Dalam satu wawancara pelakon filem Duplicate itu mendedahkan doktor memaklumkan dia hanya mempunyai 30 peratus peluang untuk hidup. Sonali bagaimanapun enggan menyerah kalah dan terus berjuang melawan penyakit itu. Bahkan, dia tidak malu berkongsi foto-fotonya sewaktu menjalani rawatan dan muncul depan khalayak dengan imej kepala botak kesan daripada rawatan kimoterapi. Kini Sonali bebas daripada kanser dan aktif sebagai aktivis yang menyuntik kesedaran mengenai penyakit itu. Sanjay Dutt Pelakon bertubuh sasa ini telah didiagnos menghidap kanser paru-paru tahap empat pada 2020. Sanjay telah menjalani rawatan kimoterapi dan rawatan lain di Dubai. Ketabahan Sanjay melawan kanser sering mendapat pujian, malah dia selalu kelihatan kuat. Selepas bebas kanser, Sanjay kembali beraksi di layar perak. Rakesh Roshan Pengarah terkenal yang juga bapa kepada aktor Hrithik Roshan ini disahkan menghidap kanser tekak pada 2018. Kongsi Rakesh, dia banyak belajar daripada anaknya, Sunaina yang pernah menghidap kanser serviks. Melihat puterinya tetap ceria meski terpaksa melawan pelbagai penyakit sedikit sebanyak menyuntik semangatnya untuk berjuang sehingga sembuh. Malah, Rakesh dilihat bersenam bersama Hrithik di gimnasium pada pagi sebelum dia menjalani pembedahan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT