CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

500kg bekalan emas dibawa masuk Kelantan setiap bulan - "Banyak betul! Orang-orang Kelantan memang suka emas ya?"

16-2-2025 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1666| Komen: 28|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-02-15-at-3.54.24-PM.jpeg


KOTA BHARU – Dianggarkan 500 kilogram (kg) barang kemas dibawa masuk ke Kelantan oleh dibekalkan ke seluruh premis menjual emas di negeri ini setiap bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Empayar Iman Sdn. Bhd. (Empayar Iman), Zulna Hashim berkata, anggaran itu diperoleh daripada pihak pengilang yang memproses barang kemas terutama di Pulau Pinang.

Katanya, jumlah itu menunjukkan penawaran dari premis menjual emas dan permintaan terhadap barang kemas oleh pelanggan di Kelantan sangat tinggi.

“Selaku pihak yang menguruskan Taman Emas Malaysia (TEM) di Kota Bharu, kita mendapat maklumat kebanyakan pembekal emas di negeri ini aktif mengambil barangan kemas dari kilang-kilang di Pulau Pinang.

“Jumlah keseluruhan emas dibawa masuk ke Kelantan dari kilang mencecah 500kg sebulan.

“Saya percaya, gabungan bekalan barangan kemas di Selangor dan Kuala Lumpur pun tidak mampu menandingi angka di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran TEM di Bazar Tuan Padang di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi TEM dan Akademi Emas Malaysia, Zulkifli Idris.

Taman Emas Malaysia merupakan hab ekosistem dalam industri emas bermula di peringkat pendidikan, kemahiran seni kraf barangan kemas, galeri ilmu berkenaan emas, ruang niaga dan menjadi produk pelancongan pembelajaran lengkap seni kraf emas.

Mengulas lanjut, Zulna memberitahu, kewujudan TEM sejak Julai 2024 sekali gus mendorong merancakkan industri emas di Kelantan khususnya kerana banyak bekalan emas itu masuk ke negeri ini setiap bulan.

Jelasnya, perniagaan emas di Kelantan dilihat lebih mudah berbanding tempat lain kerana budaya membeli dan menyimpan emas sudah sebati dengan masyarakat di sini.

“Masyarakat di Kelantan khususnya golongan wanita kebanyakannya minat dengan barangan kemas. Jika tidak dipakai, emas itu pasti akan dijadikan simpanan.

“Kami melihat bahawa peluang perniagaan itu ada. Justeru, Empayar Iman menyediakan satu hab bukan hanya perniagaan, sebaliknya pelbagai aspek dalam industri emas di TEM,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syamzana 15-2-2025 08:23 PM
kelate neh contoh taraf hidup 2 alam betul ya...
yg kaya penuh emas sebadan.
yg miskin sampai dok dlm kandang kambing tu pun kandang org bg tumpang
Quote naina 15-2-2025 08:27 PM
Orang Kelantan suka menunjuk2 emas tu ya. Tengokla jela vtt Tino Klate peghak kat FB tu.
Quote lurve82 15-2-2025 10:39 PM
Ore klate dan pki emas berkilo2 dkt badan xdpt dipisahkan
Quote white_musk 15-2-2025 10:56 PM
akak ada ipar orang kelantan selalu dipuji melambong lambong kerja banyak emas....
Quote cmf_premierleag 15-2-2025 11:19 PM
Pakai emas byk2 pun tp negeri kotor,sampah merata2, takde bekalan air bersih.......jijikkk
Quote hokeypokey 16-2-2025 05:38 PM
tak berat ke pakai emas besor2
Quote mejaputih 16-2-2025 05:51 PM
Bukan ke org penang pun suka pakai emas? Anak mami...
Quote mejaputih 16-2-2025 05:53 PM
Yg dlm gambar tu gedabak2nya ...tak cantik bg iols..
Quote emera 16-2-2025 05:58 PM
Brg kemas dlm gambar tu huduh2 aku speku ore kelate bkn beli emas sbb nak invest @ nk melawa tp sbb nk menayang aku lg byk emas, ko hado?
Quote nw111 16-2-2025 06:23 PM
mejaputih replied at 16-2-2025 05:53 PM
Yg dlm gambar tu gedabak2nya ...tak cantik bg iols..

Pakai emas habib halus2 mana org nampak.chuols
Quote green~tea 16-2-2025 07:04 PM
Huduh nya design dalam gambo tu...
Quote MsKathryn 16-2-2025 07:23 PM
Sy suka emas jenis halus, minimalist gitu
Gambar kat atas buruk benor designnya
Quote mizterpaling88 16-2-2025 08:06 PM
kaya sungguh ore klate
Quote mejaputih 16-2-2025 08:10 PM
nw111 replied at 16-2-2025 06:23 PM
Pakai emas habib halus2 mana org nampak.chuols

Itu la ...pdhal design yg halus2 ni lg sweet dan classy.
Quote pearl.silver 16-2-2025 09:55 PM
I pegi kuala krai kagum tgk kedai emas bersepah2. Kedai simple je kecik2 xyh ada jeriji besi pun.
Quote pengecatbintang 16-2-2025 10:22 PM
emas ni 2.5 kali ganda lagi berat dari besi

mgkn ada motif tersendiri pakai barang kemas besar gedabak

kalo jumpa anjing yg nak gigit or perompak

baling jer barang kemas tu kat kepala anjing atau perompak tu

mesti cedera parah punya







Quote AkokKocik 17-2-2025 09:17 AM
Diorg pakai emas ori ke fufu mcm emas Bangkok kata org.
Quote A-Are 17-2-2025 09:22 AM
ambiklah ikhtibar kes g COD kena bunuh kat terengganu tu...benda pertama yg menjadi punca dia pakai gelang harga rm30k masa tu...seram wehhh...
Quote AkokKocik 17-2-2025 09:38 AM
A-Are: ambiklah ikhtibar kes g COD ke ...
ha ah kan...baru je baca artikel tu...pakai minimalis jer, gi kenduri, gi raya baru pakai yg besar geladak tu...ada ramai org pandang.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.106589 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top