CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Hi!School: Love On, Kim Sae-ron ditemui mati

17-2-2025 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26190| Komen: 5

 


Aktres popular menerusi lakonan filem The Man from Nowhere dan The Neighbours, Kim Sae-ron ditemui mati di rumahnya hari ini, kta polis.

Pelakon berumur 24 tahun itu ditemui di kediamannya di Seongsu-dong, timur Seoul sekitar pukul 4.55 petang(waktu tempatan) oleh seorang rakan yang merancang untuk bertemu dengannya.

Rakan tersebut menelefon polis selepas gagal menghubungi Sae-ron.

“Kami tidak menemui tanda-tanda perbuatan jenayah setakat ini tetapi kami sedang menyiasat punca kematiannya,” kata seorang pegawai polis.

Sae-ron pernah ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam tahun 2022 selepas keretanya melanggar besi penghadang jalan dan sebuah transformer. Dia didenda sebanyak 20 juta won(RM54,000).

Pada April lalu, dia cuba kembali ke dunia lakonan dengan mengambil bahagian satu pementasan tetapi susulan satu kontroversi, dia menarik diri disebabkan masalah kesihatan. –AGENSI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 17-2-2025 12:48 PM
takziah... dia DUI masa tgh shooting drama bloodhound...tiba2 watak habis macam tu je lpas atok dia mati konon2 bawak diri pegi oversea...sayang betul..muda dan berbakat..knetz memang betul2 nerakazen..
Quote kechikchomel 17-2-2025 12:53 PM
iolss tengok citer The Man from Nowhere je yang dia berlakon dengan Won Bin.
kecik lagi sheolss masa tu
Quote buapakperut 17-2-2025 03:41 PM
tak penah nonton dia tapi tahun lepas follow habis pasal dia ni kat channel Stephanie soo, dia cerita akar umbi cemana saeron ni dibenci knetz sejak azali lagi masa dia masih baru awal belalsan tahun, ada ja silap dimata knet yg rata2 tua2. kemuncak dia dikecam kes dia dui tu, walaupun takda orang mati tapi kerugian besar, dia punya damage control plak langsung tak kena. terus jatuh . knetz memang tak serik2
Quote Goodluckdontcry 17-2-2025 06:50 PM
Den byk juga tgk film yg dia berlakon ms kecik dan remaja..xsangka dia dibenci sbb tgk byk je film dia berlakon..knp dia dibenci???mmmm tp selalu gitu, bila dr kecik ko involved dlm dunia seni ni, semua jd ala rebel..tmskla di Malaysia ni..tahla
Quote mizruncing 18-2-2025 11:27 AM
kikuri replied at 17-2-2025 04:48 AM
takziah... dia DUI masa tgh shooting drama bloodhound...tiba2 watak habis macam tu je lpas atok dia  ...

lahh btol la dia yg berlakon bloodhound tu. best kot citer tu. terpikir jugak mana ending watak dia. ingatkan kawen ngan salah sorang ke

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.116236 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top