SHAHRUM (dua, kiri) menunjukkan barangan pemprosesan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar hari ini. FOTO Bernama Sungai Siput: Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta membongkar kegiatan memproses sisa elektronik (e-waste) haram dengan nilai rampasan lebih RM1.3 bilion dalam serbuan di sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Rimba Panjang, di sini, semalam. Seorang saintis warga China antara 27 individu yang ditahan dalam serbuan menerusi Op Hazard bermula jam 9.30 pagi. Serbuan dilakukan oleh Unit Risikan Batalion 1, PGA Ulu Kinta bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak berpandukan maklumat hasil risikan kira-kira sebulan.
Kilang terbabit terletak kira-kira dua kilometer (km) dari jalan utama melalui laluan berbatu kerikil dan tidak berdaftar dengan JAS bagi memproses e-waste. Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, tangkapan membabitkan dua lelaki warga tempatan dan 25 warga asing termasuk seorang kanak -kanak berusia dua tahun. Menurutnya, warga tempatan yang ditangkap dipercayai berperanan sebagai pemilik hartanah dan penyelia yang mengendalikan pekerja di dalam kilang yang terdiri 11 lelaki warga China, 10 lelaki dan dua wanita serta kanak-kanak warga Myanmar. Katanya, pemeriksaan di kilang seluas 4.8 hektar itu menemukan e-waste bersama beberapa mesin pemprosesan, peleburan, masak sisa e-waste, serta makmal bagi mengurai, menentukan jenis bahan logam termasuk emas, kuprum, timah dan tembaga. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati buangan yang disyaki buangan terjadual di kilang terbabit dibawa masuk dari China serta beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, Bolivia, Oman dan Thailand. Katanya, ia dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang dan dihantar menggunakan kontena diisytiharkan sebagai barangan lain. "Pemeriksaan di keseluruhan kawasan kilang ini, kita menjumpai beberapa komponen termasuk peralatan dan jentera, untuk dibawa ke kawasan peleraian, penguraian, dan dihancurkan ke proses peleburan, pengasingan kepada unit logam sehinggalah hasil akhir yang sudah siap dimampat. "Kita juga menemukan sebuah makmal yang dikendalikan oleh warga asing, dipercayai untuk membuat penyelidikan dari segi kualiti dan kuantiti e-waste yang sudah diproses. "Tangkapan turut membabitkan seorang ahli saintis warga China berusia 60 tahun yang menguruskan makmal berkenaan," katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di sini, hari ini. Menurutnya, kesemua warga China yang ditahan mempunyai dokumen masuk ke negara ini. Namun, katanya, siasatan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai cop keluar dan masuk ke negara ini, dan terdapat kemungkinan dokumen terbabit adalah palsu. Warga Myanmar yang ditahan pula tidak mempunyai sebarang dokumen. Semua mereka akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 34A (6) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kerana tiada kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Seksyen 14 Akta sama kerana tiada lesen. |
TeropongThaico: Patut tembak je nak2 2 mangkuk ...
Belibis replied at 17-2-2025 11:30 AM
Nak kena marah dengan toni loke,ngoh komeng??
Zaman kerjaan dah jadi menikus.
FOTHER-MUCKER replied at 17-2-2025 01:59 AM
Tukarkan kepada hukuman mati. Sebab itu warga China datang ke Malaysia nak buat di negara mereka tak ...
Decaffeinated replied at 17-2-2025 12:05 AM
'... kes disiasat di bawah Seksyen 34A (6) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kerana tiada kelulusan la ...
ADVERTISEMENT