CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Najuwa berang ditanya,"Tak solat ke datin? Takkan nak cantik je?"

17-2-2025 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29620| Komen: 14|Original author: Raline

ïk.PNG


Sejak kebelakangan ini gerak geri pelakon, Datin Intan Najuwa sering kali mendapat perhatian warganet malah ada saja yang tidak kena di mata mereka.

Ketika sesi siaran langsung di TikTok, seorang individu meninggalkan komen dengan mempersoalkan tentang ibadah solat Intan.

"Tak solat ke datin? Takkan nak cantik je?"

Tidak berdiam diri, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid itu kemudian memberikan respons kepada soalan tersebut.

"Apa soalan kau ni? Apa kena mengena cantik dengan solat? Lari sangat soalan itu.

"Kalau kau tanya soalan tu dalam kelas, nanti kau kena halau dari kelas itu. Sebab soalan itu lari topik.

Macam langit dengan bumi."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati pelakon drama Racun Rihanna itu untuk mengabaikan individu berkenaan.

"Takkan dia solat dia nak buat ‘live’."

"Solat bukan untuk ditunjuk tunjuk."


"Solat tak perlu beritahu orang, itu antara dia dengan Allah."

"Abaikan sahaja datin, solat itu antara Allah dan hambanya."


"Takkan solat pun nak rekod, nanti viral kena kecam juga."

Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oggy 17-2-2025 10:53 PM
Setiap kali beliau menjawab mesti ada yang bukak benang baru. Buat je lah benang khas.. Datin Bitter Apa Hari Ini?

Untunglah jadi tai-tai.. ada baby kecik pun boleh melawa.. nampak glowinglah
Quote Rogue98 17-2-2025 11:29 PM
Ye lah dia kan kuat menunjuk...orang tu heran lah apasal tak tunjuk dia solat jugak. Padahal kalau tunjuk ibadah sure lah nanti soalan seterusnye kenapa dia tak pakai tudung... tak tutup aurat blablabla...
Quote sfrnna 18-2-2025 08:58 PM
Hahaha perlu ke melayan. Buang tenaga je. Yg netizen pun.. yang tanya tu pun tah solat ke tak. Spiritual things hak peribadi org..
Quote Sunkiss8999 19-2-2025 06:55 AM
Edited by Sunkiss8999 at 19-2-2025 06:58 AM

Sebab dia suka show off kot..lagi orang suka sakit kan hati dia..kalau memang kaya n tunjuk dia classy tu macam si princess syahrini tu..nampak mcm kemewahan dia tu memang sebab dia kaya..yang ni tak tau la..dia tak cakap dia nak show off pun, orang tetap nampak dia jakun..lagi satu sebab dia suka tunjuk dia bitter kot..patutnya kau flip hair and tak yah layan..duit laki aku, suka hati aku la nyah..cakap gitu je dalam hati atau sesama adik beradik..sorry yintan najuwa..
Quote Qatrunnadaain 19-2-2025 09:10 AM
Hahahha…. Kelakar laaa yang duk bakar like pun…. Shesuatuuu sangat…!
Quote Qatrunnadaain 19-2-2025 09:11 AM
oggy replied at 17-2-2025 10:53 PM
Setiap kali beliau menjawab mesti ada yang bukak benang baru. Buat je lah benang khas.. Datin Bitter ...

Hahha good idea!! Lama2 jadi datin versi kepam kaya. Bertingkat2 ppr di sini…
Quote kucingitam 19-2-2025 10:47 AM
betullah intan...elok kau jadi kucing je...penat nak hadap soalan gini
Quote likilu 19-2-2025 10:55 AM
Dato questionable asyraf punya bini bitter apa hari ini
Quote chikumanis 19-2-2025 11:30 AM
when u sold ur soul to the medsos, terima jelah segala kecaman dan pujian yea tinwa
Quote apedehal 19-2-2025 11:33 AM
Hahhha..apekata ko sakit kan je la hati netizen tu tintin..ckp je ha aa xsolat , postpartum blood xkering lg..kena la cantik cantik xkn nk nmpak mcm awak pulak xcantik..kikiki..suka tgk retis ngn netizen bercekau ni
Quote Kiyah 19-2-2025 12:07 PM
oggy replied at 17-2-2025 10:53 PM
Setiap kali beliau menjawab mesti ada yang bukak benang baru. Buat je lah benang khas.. Datin Bitter ...

tantintun ni mcm attention seeker kan..masukkan je dia dlm FB group mak2 bdk hostel (BATHI)..selain barang apa tertinggal harini boleh gak selit Bitter apa tantintun harini.harap reput stop la share anything pasal dia,xde faedah apa2 selain dr flexing.
Quote syamzana 19-2-2025 12:10 PM
rasanya org suke kot tgk dia merentan
saje nak membako dah tau datin mesti bitter menjawab pungpang2.
Quote NazRysha 19-2-2025 12:10 PM
rajin sangat dia ni melayan netizen
Quote chandrahusin 19-2-2025 12:16 PM
rajin ye dia ni menjawab
tak reti buat bodo

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.086869 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top