Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di Shah Alam, pada 8 Februari lalu, maut ditembak di Pulau Ketam, pada awal pagi Selasa. Memetik laporan Harian Metro, suspek lelaki warga tempatan yang berusia lingkungan 30-an itu mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 3 pagi. Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, insiden itu berlaku di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam ketika polis melakukan serbuan. Pasukan polis berjaya menembak mati suspek terbabit. Polis juga menemui dua pucuk senjata api berisi peluru bersama suspek. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun selain dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall, baru-baru ini.
Pada 8 Februari lalu, polis menerima laporan tentang insiden tembak yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam. Suspek telah melepaskan tembakan kepada seorang pekerja pembersihan sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan. Suspek kemudian menahan sebuah Perodua Ativa, mengacukan pistol dan memaksa pemandu membawanya keluar sebelum menghilangkan diri di tepi lebuh raya. Hasil siasatan awal polis mendapati suspek melepaskan tembakan dipercayai akibat berang ditegur pekerja pembersihan supaya mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian. Sumber: Harian Metro |
Suspek kemudian menahan sebuah Perodua Ativa, mengacukan pistol dan memaksa pemandu membawanya keluar sebelum menghilangkan diri di tepi lebuh raya.
ChildrenOfBodom replied at 18-2-2025 10:18 AM
bangsa apa musibat ni?
supernaturalee replied at 18-2-2025 10:00 AM
sape orgnya
klu cerita kt podcast laku nih
dh mcm dlm movie
Skuau replied at 18-2-2025 10:22 AM
"kenapa tidak ditembak di kaki"??-Ngok2 dulu pertahan penjenayah.
cmf_premierleag replied at 18-2-2025 12:26 PM
Ummah cinapek..ada baca kt twitter td..polis punya statement wanted ms tu
SalenaGomez replied at 18-2-2025 10:04 AM
Memula SG ingat kes nak rompak kedai emas. Ada tgk live tiktok malam kejadian, katanya nak rompak ke ...
jari10 replied at 18-2-2025 12:48 PM
Bila baca kes ni aku terpikir..patutlah kalau ada benda2 perilaku pelik atau yg tak kena pd peratu ...
bpbbppbp replied at 18-2-2025 01:12 PM
Gila org ni.. kne tegur je lepas 8 tembakan
cmf_premierleag replied at 18-2-2025 12:26 PM
Ummah cinapek..ada baca kt twitter td..polis punya statement wanted ms tu
ADVERTISEMENT