CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kali ni bukan beli beg, tapi nak rebut tapak bazar sampai seorang wanita terjatuh dan dipijak

18-2-2025 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3557| Komen: 28

 


PETALING JAYA – Tular di media sosial sebuah video memaparkan situasi para peniaga berlari demi merebut tapak bazar bulan Ramadan di daerah Muar.

Menerusi perkongsian @asyaaanie_, pada mulanya para peniaga telah pun berkumpul di hadapan pagar menunggu pihak penganjur untuk membenarkan mereka masuk.

Sejurus selepas pagar dibuka, para peniaga berlari berpusu-pusu dan tolak-menolak sehingga ada dalam kalangan mereka terjatuh serta dipijak oleh orang di belakang.

Ada juga yang bertindak melompat ke atas tembok batu untuk menjadi yang terpantas merebut giliran tapak bazar itu.

“Semoga adik yang jatuh baik-baik sahaja. Kasihan tengok. Semoga dipermudahkan segala urusan peniaga-peniaga bazar nanti,” tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyennya.

Sementara itu di ruangan komen ramai tertanya-tanya tentang situasi tersebut serta mempersoalkan mengapa tiada cabutan undi dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab.


“Tak faham kenapa kena lari, tak ada sistem undian ke? Kan lebih memudahkan. Kasihan dengan para peniaga,” komen Syafiq.

“Penganjur atau pihak bertanggungjawab cubalah buat sistem yang sistematik sikit. Kalau ada yang jatuh cedera parah siapa nak jawab,” komen Alisya.

“Sedihnya tengok semua kuat semangat berniaga dan gigih cari duit pada bulan ramadan nanti. Semoga semuanya dipermudahkan,” komen Faisal.

Dalam pada itu, ada beberapa individu berkata sistem undian tidak dapat dijalankan kerana permohonan tapak terhad oleh peniaga yang terlalu ramai.

“Pemohon terlalu ramai. Tapak terhad. Tak boleh nak buat undian.. Nanti kalau buat undian, ada yang tuduh pihak bertanggungjawab bagi pada kroni,” komen Hisyam.

“Saya antara pemohon bazar di Kluang. Masa permohonan dibuka ramai datang yang tak dapat. Katanya dah penuh. Bayangkan, tapak 100 tapi yang datang 500 peniaga. Jadi yang awal sahaja dapat, lambat tak dapat,” komen Khatijah.

“Memang kena lari kak, kalau tak memang tak dapat tapak. Macam nilah lumrah kami peniaga. Lainlah kalau musim Covid dulu, semua boleh beratur elok-elok,” komen Hakim.



Sumber: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 18-2-2025 02:06 PM
Dah mcm indon..
Quote PULANGKAN 18-2-2025 02:20 PM
tapi tiap-tiap tahun cerita waktu berbuka, makanan bazaar basi, atau tak bersih, atau tak sedap, atau itu, atau ini

entoh ler. biasanya, seminggu dua je bazaar orang datang. lepas tu tawar hati

peniaga air soya balang, jangan complain eh kenapa tak laku. tawar langsung takda rasa, rasa ais kosong je, baik takyah jual soya. tiap2 tahun kena scam, kedai lain, orang lain, tetap la soya takde rasa

hujung2, masuk berita, pengunjung datang tengok je, tanak beli
minggu ke-4 ramadhan, malam tujuh likur, tinggal seketul dua je peniaga bazaar

tak gepuk, geprek. tak geprek, gepuk. gepuk geprek gepuk geprek
sekian iols bebel
Quote Decaffeinated 18-2-2025 02:21 PM

tapi indon kata ini di malaysia sambil tunjuk video.



Quote Cpkay 18-2-2025 02:49 PM
one word.. penganjur yang salah. kena buat sistem bernombor.
Quote mehmet 18-2-2025 03:02 PM
Sudah ku tak kisah. Byk makanan ku beli scam. Hauk. Sendiri mahu ingat skrg.
Quote SalenaGomez 18-2-2025 03:17 PM
Mcm biasa, bulan ramdhan masak sendiri ajaa sbb x sanggup menghadapi kekecewaan, ketidakbaloian dan ketidaksedapan makanan bazaar ramadhan…. Sampai lah satu tahap bosan nak makan masakan sendiri, nak tukar angin, baru la beli … itupon akan beli kat kedai makanan yg kita dah tahu rasanya n harga nya. Bazaar ni mungkin cari kuih2 je, tu pon x tentu akan jejak bazaar ke idak
Quote fattymah 18-2-2025 03:26 PM
Kawan iols takyah beratuq.. awat tak buat Google form je.. nih mesti ada ayahanda dok wat style jaman dulu
Quote asamfish 18-2-2025 03:35 PM
beratur sampai berebut2...bila dapat tapak....jual makanan basi berulat...kalau tak basi pun, serba serbi dikurangkan portion!
Quote Cayn 18-2-2025 03:53 PM
dah lama stop ke bazar kecuali teringin nak makan kuih yang kita nak. itu pun dekat peniaga yg kita biasa yg meniaga pasar malam. Tahun ni nak masak frozen siap2 untuk 5 hari bekerja. Simple2 je. Weekend baru masak sedap2
Quote copy_paste 18-2-2025 04:02 PM
aku dah lama x jejak bazar,rasa x berbaloi dengan harga
Quote SedihPedih 18-2-2025 04:31 PM
dude........ banyak cara boleh buat penganjur pilih cara lapaq perhatian ni?
Quote kakikuDibibirmu 18-2-2025 04:34 PM
Nak sakit perut cirit birit datanglah ke bazar Romadon
Quote airfilterkotor 18-2-2025 04:42 PM
Aku rasa laa... dorang tu berlari konon-konon sapa sampai dulu dia dapat tapak. Jadi yang belakang pun turun lari jugak.

Sekali ghopernya ko lari untuk isi borang dulu dan duduk diam-diam tunggu semorang dah isi, komdian baru buat undian.
Aku rasa laa.

Tapi kalu sejenis sapa cepat dia dapat memang bongok laa penganjur.
Quote GincuPurple 18-2-2025 04:45 PM
mehmet replied at 18-2-2025 07:02 AM
Sudah ku tak kisah. Byk makanan ku beli scam. Hauk. Sendiri mahu ingat skrg.


Jom kita Boikot Bazar Ramadhan!!!
Quote Radzor 18-2-2025 04:56 PM
ciann dorg. gigih cari rezeki sampai mcm tu
Quote nw111 18-2-2025 06:31 PM
Decaffeinated replied at 18-2-2025 02:21 PM
tapi indon kata ini di malaysia sambil tunjuk video.

Mmg kat msia..tapi perangai dh mcm indon
Quote sapeka 18-2-2025 06:36 PM
Dah kenapa
Cabut undi x boleh?
Quote mzzenma 18-2-2025 06:37 PM
Buat je lah google form. Lepas tu buat google meet/zoom/live, cabut undi ala2 cabutan bertuah gitu.
Quote B40tastePosh 18-2-2025 08:12 PM
nw111 replied at 18-2-2025 02:06 PM
Dah mcm indon..

Species yang sama.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.683589 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top