CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu penjaga kanak-kanak mengaku tekap sudu besi panas pada kanak-kanak di pusat jagaan

18-2-2025 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10600| Komen: 18

 


SEREMBAN - Pembantu penjaga kanak-kanak di sebuah pusat jagaan di sini yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan Ogos tahun lalu, telah menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Tertuduh, Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud, 21, menukar pengakuan ketika prosiding mendengar keputusan representasi di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dan Datin Surita Budin.

Mengikut empat pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun telah menganiayai mereka dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.

Kesalahan itu dilakukan sekitar bulan Ogos di sebuah pusat jagaan di Taman Merbok Ria di Rasah, Seremban.


Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001[Akta 611] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, pihak pendakwaan memaklumkan yang representasi tersebut telah ditolak, namun terdapat perkembangan terkini dan memohon pertuduhan dibacakan.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Mac depan untuk penyediaan laporan sosial dan fakta hukuman.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noorashikin Nasarudin dan Nurul Balkis Zunaidi manakala tertuduh diwakili peguam, Boestamam Ahmad.

Media pada 18 Oktober lalu melaporkan pihak pembelaan yang mewakili Puteri Nurin Amalina akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak yanh dihadapinya.

Perkara terbabit dimaklumkan peguam Najib Zakaria bersama Doreena Abdullah yang mewakili tertuduh ketika itu.

Najib dan Doreena adalah barisan peguam yang dilantik bagi mewakili GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Sumber: – Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 18-2-2025 02:25 PM
Nanti test tekap kat lengan ko lak.

Quote swateng1 18-2-2025 04:01 PM
memang harey perangai. kalau dlm diri tu mmg takdak hati perut nk menjaga budak, jgn dok  gagah nk keja jd pengasuh
Quote NazRysha 18-2-2025 04:52 PM
Allahu kenapa la buat perangai macam ni
sedih betul
Quote pocongkiutss 18-2-2025 05:56 PM
Iols mmg admit iols ni tidaklah penyabar mana..jd mmg idok le nk keje dgn budak2 ni..ngadap anak sendiri cukup la..paling tak paham dgn golongan yg mmg bukan penyabar, pakej tak suka budak..tp pegi apply keje pengasuh..ko dah kenapa?? Kalau xde kelulusan pun pegi la keje kilang tu berlambak je kosong jawatan
Quote emera 18-2-2025 06:19 PM
Ko keje jaga budak sbb nk duit je kan?
Quote emera 18-2-2025 06:19 PM
Ko keje jaga budak sbb nk duit je kan?
Quote syamzana 18-2-2025 06:31 PM
amboii berjemaah ko sudukan bdk2 kecik tu ye.
Quote Freezies 18-2-2025 06:33 PM
Ampon dek.umur muda lagi dh ade rekod bersalah.susah cari kerja.
Quote sapeka 18-2-2025 06:34 PM
Dah kenapa ko?
Quote miznora 18-2-2025 07:27 PM
Kenapa bg sudu panas kat budak2 tu
Macam2 la ko ni
Kalau taknak keja jaga budak dan tak boleh sabar jangan buat budak2 tu macamtu
Quote B40tastePosh 18-2-2025 08:02 PM
Kalau tak penyabar, tak minat mendidik, tak minat budak2.... resign je lah...cari kerja askar, polis, majistret ke apa yg sesuai dgn ko.
Quote lanacondor 18-2-2025 10:30 PM
Kebanyakkan tadika suka ambik bdk2 lepas spm Dan umur muda2. Harap boleh consider la ambik golongan yg lebih tua sikit yg penah jaga anak ke cucu (yg Masih sihat Dan kuat). Ni ambik muda2 tangan Pon berjahit dgn Fon 24 jam mana maunya
Quote tumpanglalu74 18-2-2025 10:39 PM
Eh betine bangsat!  Ko tu anak biforti takdak zantan yang kebuloq kat hang.  Orang bagi keje pon ini yang ko buat.  Bak sini sudu panas lebur tu aku tekap kat bijik ko pulak.
Quote A-Are 19-2-2025 08:30 AM
pemilik taska tolonglah jgn ambik budak2 lepasan SPM, org yg kena buang kerja terdesak carik kerja dgn makcik2 yg baran...tolong la buat background check dulu...tgk apa jd kalau salah hire, selalu kes macam ni dgn tadika2 terus kena tutup...pasang cctv & bg akses dekat parent, ada je tadika kawan meols buat gitu...bila rindu anak dia tgk dr cctv tgh buat apa..at the same time bukan sahaja buat parent lega, biar teacher semua rasa diperhatikan so herlok sikit perangai memasing...
Quote KamikuP 19-2-2025 09:55 AM
mOGA betina ni mandul dan andartu sampai mati dan mati mereput sorang2 kat longkang
Quote Cassieopeia 19-2-2025 11:34 AM
kalau yg kurg sabar tu pukul budak2 sikit2 faham lg tp ni gigih g panaskn sudu n tekap kt budak tu kenapa? moga ko kene tekap dlm penjara nti ish
Quote TeropongThaico 19-2-2025 01:05 PM
Belajar maleh dah dpt kerja elok2 dibuat gitu pulak. Kot rasa tak leh nak sabar cari la kerja lain. Tak memasal naya anak org
Quote MarryPottet 19-2-2025 01:50 PM
Oh hasil ternakan bani GISBH skibidi rupanya dak  ni
Dia dipaksa kerja di pusat jagaan anak2 hasil persenyawaan bani GISBH
Tak dibayar gaji pun, cuma dapat elaun rm300 je
Tah2 dia pun dibesarkan di pusat jagaan anak2 bani GISBH & didera teruk sejak kecil lagi serta dinafikan hak utk mendapat pendidikan formal
Tapi itu tidak mewajarkan penderaan dia ke atas kanak2 yg tak berdosa ini

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.090479 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top