CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Cakap tentang kacang botol, jangan ambil jenis keras, besar’ - Janna Nick terima teguran sebab "double meaning"

19-2-2025 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5774| Komen: 33|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-02-18-at-10.19.37.jpeg


Pelakon Janna Nick menerima setiap teguran dengan berlapang dada apabila dialog dalam konten media sosialnya didakwa mempunyai ‘double meaning’ atau berbaur lucah sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 30, berkata, perkara tersebut mungkin berlaku kerana terlalu selesa melakukan konten bersama suami, Dini Schatzmann.


“Dalam video itu saya bercakap tentang kacang botol, kalau nak makan perlu pilih yang kecil dan rangup, jangan ambil jenis keras atau besar. Hakikatnya benda itu fakta.

“Orang pula fikir benda itu ‘double meaning’ . Jadi, kita sepatutnya menilai apa intipati sebenar konten tersebut.

“Bila kami rekod konten, mungkin perbualan dan sebagainya terlalu selesa sebab kami pun memang suami isteri, adakalanya memang mudah terlepas,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Janna bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah berniat untuk menggunakan konten sebegitu untuk menarik lebih ramai penonton.

“Tiada niat pun nak keluarkan konten berbaur lucah. Kadang-kadang memang terlepas perbualan suami isteri. Bagi kami mungkin rasa normal tetapi tidak untuk orang lain.

“Kami tegaskan, kami bukan jenis individu yang menggunakan elemen sebegitu untuk tunggang benda negatif atau perkara kurang baik,” ujarnya.


Berlapang dada, dia menerima semua teguran selain berjanji berusaha untuk mengelak daripada melakukan hal sama.

“Namun, saya mengakui kelemahan sendiri dan akan cuba perbaiki apa sahaja kekurangan pada masa akan datang.

“Terima kasih untuk teguran dan akan kongsi konten-konten yang bermanfaat serta positif selain menggembirakan semua orang,” jelasnya.

Terdahulu, Janna dan Dini menerima kecaman apabila dikatakan sengaja menggunakan dialog yang berunsur lucah atau kurang sensitif dalam video-video kontennya untuk mendapatkan jumpah tontonan tinggi.



Sumber: – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 18-2-2025 02:20 PM
Dekat ajl muka dia nmpk ketat betul ye
Quote naina 18-2-2025 02:31 PM
Dia ni kadang nampak gemuk kadang chubby kadang slim melim
Quote imanjannah 18-2-2025 03:06 PM
ambik sotonggg.. mcam kamu
Quote cm_vungtau 18-2-2025 03:14 PM
Belum beranak dah naik badannya
Quote dekmieDandy 18-2-2025 03:42 PM
naina replied at 18-2-2025 02:31 PM
Dia ni kadang nampak gemuk kadang chubby kadang slim melim

maybe effect rawatan kesuburan kot

tapi pipi dia memang jenis bulat kan
Quote sharlenetexas 18-2-2025 03:46 PM
Sheols on medication ke bulat semacam?


Quote akies 18-2-2025 03:48 PM
Dia makin gebu gebas
Quote phalanx 18-2-2025 06:32 PM
naina replied at 18-2-2025 02:31 PM
Dia ni kadang nampak gemuk kadang chubby kadang slim melim

i syak dia ambik ubat hospital untuk ttc. semoga dipermudahkan urusan dia dapat anak
Quote apedehal 18-2-2025 06:37 PM
dekmieDandy replied at 18-2-2025 03:42 PM
maybe effect rawatan kesuburan kot

tapi pipi dia memang jenis bulat kan

Sheol mmg sedia bulat masa zaman2 awan dania kan..bdn dia mmg sejenis sng naik
Quote hanihan16 18-2-2025 06:38 PM
ya ampun, td tengok gambar je tak baca tajuk, i duk ingatkan mawar rashid. awat muka dia kat gambar depan tu mcm mawar rashid
Quote Binodino 18-2-2025 06:39 PM
pearl.silver replied at 18-2-2025 02:20 PM
Dekat ajl muka dia nmpk ketat betul ye

Sebab duduk berjiran dengan peah barkoba. Ghisau dicaras barangkali
Quote Zeelalala 18-2-2025 06:40 PM
TTC la mcm mana pun kalau terlalu aktif jatuh sana sini, mmg takkan menjadi.

Entahlah...sukati hang la janna oi.
Quote adeqbun 18-2-2025 07:08 PM
Zeelalala replied at 18-2-2025 06:40 PM
TTC la mcm mana pun kalau terlalu aktif jatuh sana sini, mmg takkan menjadi.

Entahlah...sukati han ...

Yelah..ko ttc..pastu siap main2 sliding jatuh gedebak gedebuk
Quote bambimo 18-2-2025 07:28 PM
Edited by bambimo at 18-2-2025 07:31 PM

Dulu masa Jodoh season 1&2 tu nmpak badan normal masa tu muda lagi 19tahun..
pehtu masa berlakon citer zana..perghhh body transformation dia mmg kaw2 slim cantik betul masa tu..
skrng mybe dia kan nk ttc..comel muka dia..tp one thing kulit dia lawoo flawless
Quote little_sis 18-2-2025 07:28 PM
Eh sekali imbas aku ingatkan dothy tadi.. sorry janna..
Quote noor2 18-2-2025 08:46 PM
Kussssss semangat tgk gambar muka depan...Bambang sungguh
Quote cmf_premierleag 18-2-2025 08:53 PM
Menyampah aku dgn jena nick ni
Sejak dia buat food review dgn tagline dia biasa je nyahh..ko tu ntah2 masak pun x sedap..dah la x lawa lgsg...pastu kene bela lak biawak hidup mixed blood sekor kt umah
Trying hard sgt nk jd superwoman
Kowserrr jah
Kalo dia ngan laki dia kuar tv je aku tukar cenel
Quote NuansaBiru 18-2-2025 08:58 PM
Fertility drugs mmg boleh buat uols gemok air, obat2 hormon ni mmg gitu ler antara side effectsnya
Quote DARSITA 19-2-2025 06:43 AM
NuansaBiru replied at 18-2-2025 04:58 AM
Fertility drugs mmg boleh buat uols gemok air, obat2 hormon ni mmg gitu ler antara side effectsnya



Tengok atas genetik gak kot?

aii tak gemuk pun walau tiap hari cucuk perut, walau makan bertambah nasi :-)

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.171114 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top