CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makcik Tak Bagi Makan Aiskrim Sebelum Makan, Nanti Perut Ada Cacing!

19-2-2025 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18206| Komen: 13|Original author: vanillaessence


“Tak boleh makan aiskrim sebelum makan, nanti perut ada cacing,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @suriamalaysia, kelihatan seorang wanita sedang memberikan taklimat.

Apa yang menjadi perhatian adalah penerangan yang diberikan adalah mengenai cara penggunaan wang belanja di sekolah.

Difahamkan, taklimat tersebut diberikan buat pelajar tahun satu yang baharu sahaja memulakan sesi pembelajaran di sekolah tersebut.

Lebih menarik, gayanya persis seperti seorang guru besar yang sedang memberi taklimat dengan penerangan yang amat jelas.

“Bawa bekal, bawa botol air, kena makan dengan minum, tak boleh buang.

“Pergi sekolah, emak ada bagi duit macam ini. Bagi duit warna biru (RM1), kalau bagi duit warna hijau (RM5), jangan gerak, kena ambil baki, faham?

“Bagi mak cik warna ni (hijau), kena tunggu ambil baki, jangan jalan. Beli makan, duit satu je macam ni (RM1) atau dua (RM2)

“Boleh bagi duit dekat kawan tak? Tak boleh. Kalau bawa duit macam ini (RM10), cakap mak, ‘jangan susah nak beli’, duit warna hijau dengan biru je,

“Kalau bawa syiling, boleh beli tak? Boleh, mak cik terima ye,” katanya sambil menunjukkan contoh duit berkenaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaessence 19-2-2025 12:38 PM
Quote sukacactus 19-2-2025 02:20 PM
Budak2 mmg, kalau pesanan org luar, dia lg pakai dari parents sdr
So bagus la sampai acik kantin pun bagi taklimat
Quote ninjago 19-2-2025 02:43 PM
eh bagusnya makcik kantin tlg kasi orientasi kt bdk2 darjah 1 kat kantin. membantu pihak sekolah, membantu mak ayah sambil bisnes berjalan baik. smart.
Quote ninjago 19-2-2025 02:44 PM
yg tgh menikmati aiskrim atas tu pirah loy ke?
Quote airfilterkotor 19-2-2025 03:04 PM
Cakap aje laa acik takde duit kecik. (sambil layang-layang saploh henggek tu)
Quote mamaazim 19-2-2025 04:03 PM
bagus sangat cam ni.. mmg ku dulu bagi anak duit mmg singgit2 je. tukar duit masa rasa bagi lebih sikit tapi sebenarnya utk duit saku  sekolah hihi..
Quote A-Are 19-2-2025 04:03 PM
bagus makcik kantin ni...anak i ols haritu masuk darjh 1...bagi rm5 abes xtao apa dibeli..1haritu teacher nya cakap makcik kantin ambik duit xpulang baki, banyak budak darjah 1 kena...naseb dia perasan dia terus mintakkan baki...naya
Quote BoongaKertas 19-2-2025 04:04 PM
content vs gmbr atas tu tak selari. hahaha! iols ingtkan elpirah yg jd acik kantinnya. yih.
Quote hanihan16 19-2-2025 04:21 PM
kat sekolah i acik kantin cerita semalam ada budak darjah satu bagi duit rm50. parents tak perasan kot memo sek bagi & info masa taklimat tak bagi murid bawak duit lebih rm10 tiap hari.
Quote tumpanglalu74 19-2-2025 05:08 PM
Eh sial.  Aku tengah makan eskrim la.
Quote kotakbaju 19-2-2025 06:54 PM
tumpanglalu74 replied at 19-2-2025 05:08 PM
Eh sial.  Aku tengah makan eskrim la.

Eh sama kita sis..tgh menikmati eskrim sebab sakit tekak huhu
Quote kotakbaju 19-2-2025 07:01 PM
Dlu masa iols darjah 1, arwah mak ayah ada bg duit bekal, tapi iols tak reti nk membeli kat kantin. Kantin pun taktau kat mana. Lepas tu pulak nak beli tapi tak reti nak beli makanan ikut nilai duit yg ada ( time tu belanja 20sen, 10sen je)..lama2 jadi reti sebab ada kawan yg ajarkan.
Quote vanillaessence 21-2-2025 07:53 AM
[twitter]https://twitter.com/kamaghul/status/1891416025154859170[/twitter]

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.059404 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top