CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ucop kata buang masa layan wanita jadian, tegur pun bukan nak berubah!

21-2-2025 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5815| Komen: 5|Original author: Raline

uc.PNG


Lelaki tampil berpakaian menyerupai wanita pada acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada Ahad lalu disifatkan sebagai sengaja mencari perhatian.

Pempengaruh Ucop atau Mohd Yusof Hashim, 32, percaya tetamu acara berprestij seperti AJL sepatutnya cakna mengenai etika dan bukannya cuba membayangi dengan perkara tidak sepatutnya.

“Semuanya mengenai etika, apatah lagi acara itu majlis orang lain dan kita tak boleh nak 'overshadow'.

“Bagi saya ia berbalik kepada mereka yang datang (ke majlis itu),” katanya kepada mStar.

Ucop berkongsi perkara itu ketika ditemui di set penggambaran filem Wantugo di Shah Alam pada malam Rabu.

Menurut Ucop, golongan seperti ini tidak akan pernah pupus malah teguran tidak akan membawa sebarang perubahan melainkan atas kemahuan diri.

"Mereka ini akan selalu ada dan tak akan berhenti, boleh jadi mereka ini rakan atau kenalan kita.

"Nak marah tidak boleh, kalau tegur pun hanya sekadar tegur tapi nak ambil sebagai pengajaran atau tidak terpulang pada diri mereka sendiri," jelasnya.


Dalam pada itu, Ucop berpendapat pihak yang sepatutnya tidak perlu memberi tumpuan kepada golongan itu hanya kerana mahu mengejar 'engagement' di media sosial.

Katanya, acara berkenaan sepatutnya memberi tumpuan kepada pengkarya industri muzik dan bukan golongan tersebut.

"Tapi bila masuk ke acara berprestij ini, siapa yang ada kuasa di situ? Mereka yang ada pilihan untuk dedahkan perkara itu atau tidak.

"Netizen marah sebab mereka nampak golongan itu di acara berkenaan tapi kalau tak ada rekod tak ada yang tahu.

"Kebimbangan saya bukan golongan itu tapi mereka yang ketengahkan. Sudah tahu perkara itu jadi bahan bualan tapi masih kejar 'engagement' media sosial," luahnya.


Sebelum ini,  pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampil memberi kenyataan kerana isu berkenaan menimbulkan keresahan dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya.

Malah, hal ini juga telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertanggungjawab mengawal selia industri di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.


Sementara itu TV3 dalam satu kenyataan pada Selasa memohon maaf atas kejadian tersebut dan berjanji insiden sama tidak akan berulang pada masa depan.

Kenyataan itu juga menegaskan pihak mereka mematuhi garis panduan ditetapkan dan tidak membenarkan mana-mana penonton yang hadir mengenakan pakaian bertentangan jantina.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuin-Kepam 21-2-2025 09:35 PM

Quote suri33 22-2-2025 06:40 PM
Yeke.
Quote dudaberhias 22-2-2025 08:56 PM
dia cerita berdasarkan diri sheols sendiri la tu nyah...

women will always women kekdahnya walaupun rupa masing2 dress up pergi red karpet macam anjing laut...

yang ponen bottom pakai fesyen bentuk heart punya besar kemain tu kau ingat kau apa nyah? backdrop ulang tahun rozita che wan yang ke 55? kau nak jadi backrop photobooth dekat majlis dia nanti kah?
Quote MadameOnion 24-2-2025 09:48 AM
betul la apa dia cakap..peponen mana boleh ditegur..pembekap ramai ok..pompuan pulak tu..harap2 pompuan yg bekap ponen tu disondol lakinya oleh ponen tersebut..baru ada akai
Quote cicicumel 24-2-2025 09:58 AM
Heshe dh insaf gitoo..ada sorg lg so called influencer kat FB nama Fahre Ghafar x silap...anti betul dgn pondan..selalu post kutuk2 pondan.. masalah nyer video kau pon bersepah kat twitter..mgkin sbb dia ada rupa dan berkawan pn dgn geng2 kaya katanyer..eww sgt.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.066903 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top