CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah popular sana sini pun bayaran Anna Jobling tetap sama

21-2-2025 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6445| Komen: 35|Original author: Raline

anna.PNG


Ramai menyangka pelakon Anna Jobling semakin 'demand' dalam soal tawaran dan bayaran sejak namanya semakin dikenali di Indonesia.

Menyangkal tanggapan tersebut, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 25, sebaliknya menjelaskan kadar bayaran lakonannya belum berubah dan masih sama seperti sebelum ini.

Malah jelas Anna, dia juga masih mengutamakan projek di negara sendiri memandangkan di sinilah kariernya bermula.

“Walaupun sudah berlakon di Indonesia, kadar bayaran lakonan saya di Malaysia tetap sama, tidak ada yang berubah.

“Malah saya sentiasa mengutamakan tawaran di Malaysia sebab di sinilah akar dan permulaan kerjaya saya.

“Jika dapat tawaran di Indonesia saya bersyukur tetapi pada akhirnya Malaysia tetap menjadi tempat saya kembali,” katanya kepada mStar.


Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Tomei Raya Keepsakes yang berlangsung di KLCC pada Khamis.

Bercakap pengalaman berlakon di Indonesia, Anna mengakui perbezaan budaya dan bahasa membuatkan dia sukar menyesuaikan diri.

Pun begitu, dia beruntung kerana sentiasa mendapat layanan baik daripada kru produksi yang menganggapnya seperti keluarga sendiri.


“Kru produksi di sana layan saya dengan sangat baik dan menganggap saya seperti keluarga sendiri walaupun ada perbezaan daripada segi bahasa dan budaya.

“Kalau mereka layan saya buruk, saya sendiri pun tak mahu bekerjasama dengan mereka lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Anna memberitahu dia ada bercadang mengembangkan lakonan di negara lain namun buat masa ini belum ada sebarang tawaran.


Disebabkan itu, dia memberi fokus kepada projek di Malaysia dan Indonesia.

“Setakat ini belum ada lagi tawaran berlakon selain dari Malaysia dan Indonesia,” jelasnya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 21-2-2025 10:53 AM
wajah mix sheols cepat yach nampak kertu...
dah macam acik maya karin pulak sekilas pandang...

sheols ada pakai apa2 produk dari the melvin kah?

lupa nak titik2 esteloder advanced night repair kah
Quote bambimo 21-2-2025 11:06 AM
Nmpak cm d terima dgn baik d Indonesia dkt sini cm tak de plak nmpak drama nya.
Ke aku yg xtgk TV..mybe muka stok2 cmni org sana suka la
Quote Incanto 21-2-2025 11:12 AM
baru ni aku tgk satu movie dia berlakun citer Indon kat Netflix


dia jadi muslimah pakai tudung labuh yg cari bini muda utk laki dia sbb dia kena kanser

mula aku tak kenal siapa sbb cantik dia bertudung
Quote sukanyanyi 21-2-2025 11:37 AM
dudaberhias replied at 21-2-2025 10:53 AM
wajah mix sheols cepat yach nampak kertu...
dah macam acik maya karin pulak sekilas pandang...


Yeahh.. dah lama rindu baca komen kakadud psl rupa retis.. welkam back.. jgnla hilang lagi plis
Quote sukanyanyi 21-2-2025 11:48 AM
bambimo replied at 21-2-2025 11:06 AM
Nmpak cm d terima dgn baik d Indonesia dkt sini cm tak de plak nmpak drama nya:sweat ...

Ade kaka.. taun lepas kat astruk ade yg dgn amir senap tu.. pastu kat tb3 ade yg dgn sukri yahya n exbf noni tu..
Quote alesandra 21-2-2025 11:54 AM
Kudsia kahar sgt muka dia
Quote irvene 21-2-2025 04:19 PM
sama muka
Quote bambimo 21-2-2025 04:47 PM
sukanyanyi replied at 21-2-2025 11:48 AM
Ade kaka.. taun lepas kat astruk ade yg dgn amir senap tu.. pastu kat tb3 ade yg dgn sukri yahya n ...

Ohh ye baru teringat..
Sbb tak berapa nk famous sgt la drama dia kt Malaysia
Ingt dia berlakon filem je..yg jd hantu sbb viral dia senyum kat kerusi dentist
Quote sukanyanyi 21-2-2025 04:50 PM
bambimo replied at 21-2-2025 04:47 PM
Ohh ye baru teringat..
Sbb tak berapa nk famous sgt la drama dia kt Malaysia
Ingt  ...

Serius la ade jadi antu senyum nampak gigi gitu? Tak penah tgk tp boleh bayangkan mcm serem jugak sbb gigi sheols jenis besar jgk kan. But mesia mmg suka pilih antu cantik kan. A'ah tula selain drama dgn merkin n amir senap, mmg tak popular pun drama2 sheols yg lain...
Quote LadyCarefree 21-2-2025 09:36 PM
Memanglah sbb kau bukan pelakon Grade A+.
Quote zuriey 22-2-2025 07:18 PM
Awat cengkung sgt muka sheols
Dah rupa bini firaun
Quote I.K.A888990 22-2-2025 08:56 PM
mmg hebat ke penerimaan org indon dekat anna ni?
mesti berlambak offer dia dr sinun kan

nanti puasa ada drama dia dgn hun haqeem nampak best pulak
Quote Binderclips 22-2-2025 09:30 PM
I.K.A888990 replied at 22-2-2025 08:56 PM
mmg hebat ke penerimaan org indon dekat anna ni?
mesti berlambak offer dia dr sinun kan


Drama ni bakal meletop sbb hero handsome dan ramai peminat. Harap ada peminat mereka create kapal baru utk gandingan ini
Quote sharlenetexas 22-2-2025 09:31 PM
Nmpk tua pulak sheols dlm gambar tu.


Quote jemahjacjon 22-2-2025 09:32 PM
Kadang2 rasa muka dia ngn amelia ada iras2. Dia versi berisi. Amelia versi kurus
Quote Binderclips 22-2-2025 09:32 PM
sukanyanyi replied at 21-2-2025 04:50 PM
Serius la ade jadi antu senyum nampak gigi gitu? Tak penah tgk tp boleh bayangkan mcm serem jugak  ...

Drama dgn merkin tu sampai skrg masih fyp kat tiktok. Hebat btol penangan cheap marketing mereka dulu
Quote I.K.A888990 22-2-2025 09:42 PM
Binderclips replied at 22-2-2025 09:30 PM
Drama ni bakal meletop sbb hero handsome dan ramai peminat. Harap ada peminat mereka create kapal  ...

mesti akan ada punya kapal baru lagipun fanbase anna kuat..tgk preview nampak lebih kurang drama puasa hun sebelum ni imam ustazah scammer
Quote Binderclips 22-2-2025 10:02 PM
I.K.A888990 replied at 22-2-2025 09:42 PM
mesti akan ada punya kapal baru lagipun fanbase anna kuat..tgk preview nampak lebih kurang drama p ...

Peminat anna mmg x sabar nk buat kapal baru. Yelah,  tahun lps hero drama anna smue suami org. Kali ni anna dpt hero yg lebih handsome dan lebih baik dr si merkin dan amir.
Quote MyLadyMarmalade 22-2-2025 10:20 PM
alesandra replied at 21-2-2025 11:54 AM
Kudsia kahar sgt muka dia

Kuat betul kekudsiakaharan mek ni dekat gamabr atas tu

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044360 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top