CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noh Salleh Sampaikan Lagu ‘Rahsia Tuhan’ Pada Malam Hari Lahir Arwah Anak – ‘Bagai Satu Hentakan Emosi Buat Saya & Isteri’

24-2-2025 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30238| Komen: 16|Original author: Raline


anak-noh-salleh-.jpg


Penyanyi Noh Salleh telah menyorot perhatian warganet selepas mengenang kembali kelahiran arwah anak sulungnya bersama isteri Fathin Athira.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Noh memuat naik video persembahannya ketika menyampaikan lagu hits ‘Rahsia Tuhan’ di sebuah acara yang dipercayai berlangsung di Sarawak pada Sabtu.


Pada hantaran yang sama, Noh turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan isterinya berada di pusara anak mereka.

22 Februari adalah hari jadi Julian Bin Muhammad Noh.

Menurut vokalis kumpulan hujan itu, persembahan pada malam tersebut sangat bermakna untuknya kerana arwah anak sulungnya lahir pada tarikh yang sama.

Persembahan ‘Rahsia Tuhan‘ malam ini benar bagaikan satu hentakan yang penuh emosi buat saya dan isteri.

Wahai warga Kuching yang datang bernyanyi bersama, terima kasih sangat-sangat. Kita raikan hari jadi Julian dengan jeritan hati nurani yang penuh kasih sayang.

Malam tadi menjadi antara persembahan paling seronok dalam hidup aku. Buat persembahan di tanah lahir ku dan di malam hari jadi arwah anak.

Terdahulu, sekitar September tahun lalu, Noh memaklumkan kepada umum tentang pemergian anak sulungnya.

Imbas kembali, Noh selamat bernikah dengan Fatin Athira Mustapa yang juga seorang peguam, pada 23 September 2023.

Noh sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022. Mereka juga mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

Sumber: IG Noh Salleh, Oh Bulan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 24-2-2025 02:12 AM

Bertabahlah dgn ujian yang diberikan oleh Yang Esa.

So jelas dan nyata la dia tiada masalah utk mendapatkan anak.
Quote rayna_raynes 24-2-2025 02:24 AM
A matter of rezeki je. Semoga Noh dan Athira akan dikurniakan rezeki berlimpah lepas ni, dan bahagia selalu
Quote telracs 24-2-2025 02:58 AM
Takziah...

Tapi, maaf, saya nak bertanya... Maybe saya tertinggal ketapi sebelum ini...

Berdasarkan kenyataan di atas :
1. Imbas kembali, Noh selamat bernikah dengan Fatin Athira Mustapa yang juga seorang peguam, pada 23 September 2023.
2. 22 Februari adalah hari jadi Julian Bin Muhammad Noh.
3. Terdahulu, sekitar September tahun lalu (Sepetember 2024), Noh memaklumkan kepada umum tentang pemergian anak sulungnya.

Soalan :
1. Arwah anaknya lahir pada 22 Februari 2024?
2. Anaknya meninggal dunia atas asbab apakah?

.... terima kasih didahului kepada yang sudi jawab.

Quote pocongkiutss 24-2-2025 03:31 AM
Actually masa meninggal tu umur bape bulan? Ada yg tau ke?
Quote antiQue 24-2-2025 06:06 AM
Edited by antiQue at 24-2-2025 06:09 AM
telracs replied at 24-2-2025 02:58 AM
Takziah...

Tapi, maaf, saya nak bertanya... Maybe saya tertinggal ketapi sebelum ini...


Anak dia meninggal dalam kandungan. 22 Feb 2024 tu hari anak dia dikeluarkan dan meninggal dunia. Tapi Noh hanya beritahu public 7 bulan lepas tu in Sept 2024. Ada gambar2 dia kebumikan anak dia, kecik aja mcm saiz botol mineral 600ml.. masih belum cukup bulan tu.
Quote telracs 24-2-2025 06:48 AM
antiQue replied at 23-2-2025 10:06 PM
Anak dia meninggal dalam kandungan. 22 Feb 2024 tu hari anak dia dikeluarkan dan meninggal dunia.  ...

Oh...
Terima kasih atas pencerahan.

Quote Sesuatu… 24-2-2025 12:48 PM
DARSITA replied at 24-2-2025 02:12 AM
Bertabahlah dgn ujian yang diberikan oleh Yang Esa.

So jelas dan nyata la dia tiada masalah utk me ...

Xjgk jelas & nyata kaka. Ade jgk kes benih x elok, tho melekat tp janin x buleh mbesar dgn elok jgk walau preggy berkali2. Tp aku x kata dia kes ini cuma tidak la jelas & nyata spt kata kaka tu…rahsia Tuhan
Quote pocongkiutss 24-2-2025 01:30 PM
Sesuatu… replied at 24-2-2025 12:48 PM
Xjgk jelas & nyata kaka. Ade jgk kes benih x elok, tho melekat tp janin x buleh mbesar dgn elok jg ...

Ha ni betul

Quote rayna_raynes 24-2-2025 03:07 PM
pocongkiutss replied at 24-2-2025 03:31 AM
Actually masa meninggal tu umur bape bulan? Ada yg tau ke?

4 bulan
Quote Qatrunnadaain 24-2-2025 03:11 PM
Nampak dia dalam igstory, kemain happy sing along semua kat concert yuna… xde sedih2 apa pun.. jenis style happy go lucky..
Quote DeLuna85 24-2-2025 11:14 PM
Ok baca komen2 dekat sini baru faham
Quote DARSITA 25-2-2025 02:19 AM
Sesuatu… replied at 23-2-2025 08:48 PM
Xjgk jelas & nyata kaka. Ade jgk kes benih x elok, tho melekat tp janin x buleh mbesar dgn elok jg ...



tapi macam tak pernah baca news ex-wife pernah keguguran or pregnant .. kawin baru pun tak punya zuriat lagi.
Quote pocongkiutss 25-2-2025 02:30 AM
rayna_raynes replied at 24-2-2025 03:07 PM
4 bulan

Besar jugala..biasa yg bg nama tu iols ingtkn yg 5 bulan ke atas

Fasa mengandung bg iols yg susah nk lekat ni mmg idoknyer iols rasa senang hati selagi baby belum keluar dgn selamat..org mgkin bila kencing je positip terus excited nak bgtau satu donia tgh preggy (mcm pasah sendat dulu) tp utk iols mmg tidak la..sbb perasaan takut kehilangan tu sgt2lah tinggi
Quote Lolalala 25-2-2025 11:00 AM
Dia update igs dia masa keluar lagu Rahsia Tuhan ni. Dia bg tau, lagu ni dia buat masa kehilangan anak dia.
Quote 8Queen8 25-2-2025 11:01 AM
Semoga Noh dan isteri dapat baby asap.
Quote chandrahusin 25-2-2025 12:22 PM
Julian nama arwah anak dia
mcm nama boss aku

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041076 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top