CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak-Anak Dibuli Gara-Gara Video Imran Bard, Ellie Suriaty Menangis Teresak-Esak

27-2-2025 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7613| Komen: 38



Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara video parodi yang dihasilkan oleh pempengaruh sensasi, Imran Bard.

Memetik mStar Online, Ellie mendedahkan kedua-dua anaknya juga tidak terlepas daripada kecaman netizen sehingga menyebabkan emosi mereka tidak stabil.

Ellie turut mendedahkan dia turut menjadi mangsa siber buli apabila ramai yang meninggalkan komen di satu video dia meraikan hari jadi anak lelakinya.

“Saya baca komen netizen dan segalanya di dalam itu semuanya negatif, ramai yang mengatakan saya patut berterima kasih kepada Imran kerana menaikkan semula nama saya sebab sudah ‘sendu’ tapi kalau betul kenapa guna nama saya.

“Sekarang ini saja kena siber buli dalam perkongsian video saya meraikan sambutan hari lahir anak lelaki saya, dalam video itu netizen masuk secara ramai-ramai dan buli saya… itu adalah bahagian privasi saya dengan anak-anak.


“Bila mereka (netizen) serang dalam video itu memang sakit untuk saya sebab mereka mengejek, netizen tak faham sebab netizen tak kerja keras selama 30 tahun bina nama bukannya satu yang mudah,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie turut memberitahu anak sulungnya iaitu Azrell Omar cuba menghubungi Imran Bard menerusi aplikasi TikTok namun usahanya tidak berjaya kerana tidak dilayan pempengaruh berkenaan.

“Anak saya ada hubungi dia (Imran) sebab nak tahu apa yang berlaku dan kenapa buat macam tu tapi tidak dibalas mesej tersebut,”  katanya.


SUMBER: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 27-2-2025 01:51 PM
alamakkk kakak sudah nanges laaa..
Quote eyansss 27-2-2025 01:56 PM
ramainya panataik imran ni...  sherammmm
Quote doubleA 27-2-2025 03:37 PM
Betul la apa eli cakap. Iols team eli. Boooo meran bad ko bukan retis pun setakat femes kt med.sos hujung2 visa tak lulus US pun meroyan
Quote cm_vungtau 27-2-2025 03:54 PM
Siapa pulak meran bad ni sampai bebudak nangis. Kosser aku
Quote jihyomelly 27-2-2025 03:56 PM
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata buruk padahnya

gitew pepatah melayu
Quote mrsLucky 27-2-2025 04:45 PM
kalau dah sampai gini...saman jer budak muka annoying tuh.. kasi ajar sikit...tapi jangan libatkan mak budak tuh..
Quote heythere123 27-2-2025 04:54 PM
sheols sedar tak netizen berbunyi lepas video sheols merentan tu. Bukannya solely sebab video parody merang.

eh penat la orang tua ni

Quote awanysss 27-2-2025 05:05 PM
heythere123 replied at 27-2-2025 04:54 PM
sheols sedar tak netizen berbunyi lepas video sheols merentan tu. Bukannya solely sebab video parody ...

kann..iols tgk video tu berhari2 dah sebelum tetiba makcik ni buat PC.
yang buat iols rengsek sbb dia suruh makbapak budak tu mintak maaf.
padahal bukan nama dia sorang je kena parodi. artis lain ada yg repost bila nama sama dgn dorang, dia ni meggelupur lebih.

dia silap sbb menggelepur kat gen z kata orang skrg.
mmg dorang tak pernah salah.

btw dah kenapa anak dia nak dm IB tu utk penjelasan? dah terang2 tu video parodi.
geram pulak aku even aku tak backup IB sgt, tp makcik ni benak.
Quote Manusiabesa 27-2-2025 05:18 PM
Jelasnya dia ni mmg jiwa dh sakit sejak bcerai dgn laki.
Tp aku bolayan ja nenek ni. Cuma tndakan bg lesson dekat pondan muka mcm kayu besbol tu aku sokong sepenuhnya. Dlm video tu jelas2 anak haram tu sebut elly suriati. Mmg cari nahas btul musibat tu
Quote heythere123 27-2-2025 06:10 PM
awanysss replied at 27-2-2025 05:05 PM
kann..iols tgk video tu berhari2 dah sebelum tetiba makcik ni buat PC.
yang buat iols rengsek sbb  ...

kan, padahal takde isu pon masa video parodi yang tak kelakar tu naik.

mungkin anak dia buat gitu sebab maknye suruh kot. Dah kalau setakat video gitu pon sheols laju je nak buat pc, boleh jadi sheols yang bagi arahan dekat anak suruh dm.

patut dah dekat bulan puasa ni buat rilek sudah la. Tunjukkan yang sheols sebagai orang lebih tua, lebih matang pemikiran.
Quote likilu 27-2-2025 06:17 PM
Tah la, ko libatkan mak dia
Pastu sekarang ko libatkan anak ko

Tapi dua dua single. Kawen je la acik Ellie dgn imran tu ha, unlikely couple ni selalunya bahagia kan?
Quote jihah_kudat 27-2-2025 06:21 PM
heythere123 replied at 27-2-2025 08:54 AM
sheols sedar tak netizen berbunyi lepas video sheols merentan tu. Bukannya solely sebab video parody ...

kan she yang open space bagi org kutuk she anak
beranak aku tak la sokong apa si imran tu buat sebab video tu sampai sekarang aku masih tercari apa yang korang terhibur kan sangat..acik eli jgn lupa start dari kes najib ke vacine she sendiri mintak dikecam lepastu bercerai baru la org start suka balik..now sendiri bukak peluang org kutuk..
Quote heythere123 27-2-2025 06:37 PM
jihah_kudat replied at 27-2-2025 06:21 PM
kan she yang open space bagi org kutuk she anak
beranak aku tak la sokong apa si imran tu buat seb ...

sekarang sheols macam mengiakan la apa yang netizen cakap haritu. Macam usaha nak upkan balik nama yang makin sendu dengan kisah menangis meraung ni.

padahal kalau sheols buat rilek konfem si merang je yang kena hencap.
Quote Kitty_catz 27-2-2025 06:49 PM
ni edisi memasing nak mencapub ke.. nak up sbb memasing udah takde cegheta?
Quote jihah_kudat 27-2-2025 07:12 PM
heythere123 replied at 27-2-2025 10:37 AM
sekarang sheols macam mengiakan la apa yang netizen cakap haritu. Macam usaha nak upkan balik nama ...

kan kalau dia buat pc and tuntut si ib tu mintak maaf tanpa libatkan parents ib pun org takkan kutuk dia..ini menangis meraung dgn rupa yg hodoh.haruslah berbakul lagi kena kecam..lagi plak si ib dah mintak maaf secara formal harusla terus suci dimata umum.
Quote kurenblack 27-2-2025 07:13 PM
Alah nama pon pelakon
Quote Kuin-Kepam 27-2-2025 10:41 PM
apa pulak lagi ni....dah2 la tu.. dengar cakap org sampai mereput pun x habis
Quote LadyCarefree 27-2-2025 10:46 PM
Tak payahlah upload video kalau privasi. Atau takyah publickan. Atau off komen.
Quote brainbiru 28-2-2025 01:03 AM
Dia 2x ke guna nama elle ni? Yg ni pjg.. siap sebut psl talak lagi... yg psl kacip..x jumpa
[ig]https://www.instagram.com/reel/DGahnHLzs7d/?igsh=emM0YmpucDV2YXZ4[/ig]

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.731034 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top