CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjawat awam pulang setengah jam awal sepanjang Ramadan

1-3-2025 10:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30156| Komen: 7|Original author: Raline


PENJAWAT-AWAM.jpg


PUTRAJAYA – Penjawat awam diberi pilihan untuk pulang setengah jam lebih awal daripada waktu bekerja sebenar sepanjang bulan Ramadan ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, arahan itu diputuskan menerusi peraturan waktu bekerja fleksi yang telah dimuktamadkan sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, penjawat awam boleh merujuk lanjut perkara itu dengan ketua bahagian masing-masing.

“Penjawat awam mereka boleh rujuk sama ada ketua bahagian mereka ataupun (ketua) jabatan, TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha) ataupun KSU (Ketua Setiausaha) kementerian untuk penjelasan sekiranya mereka belum lagi mengisi borang tersebut ataupun memaklumkan pilihan mereka.

“Jadi, insya-Allah sepanjang bulan Ramadan bagi penjawat awam yang memilih waktu bekerja fleksi opsyen B mereka boleh balik 30 minit lebih awal. Tapi kerja mesti siap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, penjawat awam boleh memilih untuk kekal dengan waktu bekerja sedia ada atau memendekkan waktu rehat selama 30 minit dan pulang ke rumah 30 minit lebih awal.

Maklumat lanjut mengenai waktu bekerja fleksi seperti yang termaktub dalam pekeliling perkhidmatan iaitu di https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/pp052019.pdf.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mzzenma 28-2-2025 10:39 PM
federal baru start buat ke balik setengah jam awal ni? selama ni meolls ingat mmg amalannya cenggitu. sbb ofis meolls dah bertahun balik setengah jam awal masa ramadan..
Quote kitaserupaaa 1-3-2025 01:33 PM
Waktu keje fleksi  bulan ramadan ni dah bertahun2 diamalkan. Sejak zaman pak lah or najib jadi pm rasanya. Tapi aku rasa kasik la penjawat awam yg ade famili ni balik awal. Yg single tu balik la mcm biasa so kurang sikit jem area putrajaya ni. Kawan aku pernah ngadu nak kuar dari parking opis ke main gate kompleks pun almost sejam
Quote edayildiz 1-3-2025 03:34 PM
bestnyaaaaa
Quote sapeka 1-3-2025 04:03 PM
Dah lama praktik
Quote syirazee 1-3-2025 05:57 PM
sekolah sesi petang pun sama. Dulu pernah sejam awal gak rasanya dari masa yang biasa tu.
Quote sfrnna 4-3-2025 12:21 AM
Jam lagu tuu jugak
Quote delsmomm 4-3-2025 09:41 AM
smlm iol pegi GH nak amik result darah..
dlm jam 4.30 mcmtu.. tgk parking pun dah mula kosong..
gamble jgk la sbb masa masuk parking tu dah nmpk nurse2 dok jln keluar..iol agak diorg dah tutup counter..
but surprisingly kaunter kat dlm masih beroperasi.. n acik2 misi kat dlm tu melayan iol dgn baik skali walaupon i dtg lmbat.. result darah i xcukup satu..pastu mintak diorg check semula..pon diorg check ke sana sini tanpa byk soal or muka ketat..
thumbs up kpd petugas2 kesihatan yg bekerja dgn amanah walaupun dah lebih 4.30ptg..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.172231 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top