CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mona Allen perli bini Azlan Komeng ke?

6-3-2025 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19463| Komen: 20|Original author: Raline

ma.PNG


Sejak kebelakangan ini semakin ramai gemar berkongsi masalah rumah tangga secara terbuka di media sosial tanpa sebarang perasaan malu.

Perkara itu bukan sahaja memburukkan keadaan tetapi seolah-olah sengaja membuka aib pasangan masing-masing.

Bagi pelakon Mona Allen, dia berpendapat perkara itu tidak sepatutnya dinormalisasikan kerana ia tidak sepatutnya menjadi paparan umum.

Mona tidak bersetuju dengan tindakan individu membantu suami berpoligami.


Sebaliknya bagi Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 40, hal berkaitan rumah tangga sepatutnya disimpan untuk diri sendiri.

"Tolong belajar untuk tidak bercakap tentang hal rumah tangga di khalayak ramai.

"Tolonglah jangan normalisasikan benda ini boleh? Urusan rumah tangga tolong simpan dalam rumah tangga," katanya.

Mona berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran InstaStory miliknya pada Rabu.


Dalam pada itu, Mona mempersoalkan tindakan individu yang secara terbuka membincangkan soal mencari madu dan membantu sang suami berpoligami.

Mona berkata, perkara seperti itu sepatutnya mendatangkan rasa malu dan tidak patut dibincangkan secara terbuka.


"Sudah jumpa bakal madu dan izinkan suami berkahwin dua. Nak tolong pinangkan, ya ampun!

"Tidak kisahlah nak pinangkan madu kedua, ketiga atau keempat. Simpan rahsia rumah tangga boleh tak?," ujarnya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sexy_taec 5-3-2025 04:16 PM
dia nk cheap publicity tu, tunggang selagi boleh
Quote dani-rox 5-3-2025 08:50 PM
canteknya mona. untung pekin.
Quote makadek 5-3-2025 09:12 PM
dia kn nk promote minyak senyonyong ah ko p n
Quote aemon 6-3-2025 09:28 AM
Ortinlz baru nak gebang cheap publicity,tiber kena cantas dgn mona allen statement
Quote Shayang 6-3-2025 10:22 AM
Aku tau retis sendiri pun muak tgk zaman skrg semua mende org nak share kat public
Yele kan mana la tau dapat kamben bako sebulan

Quote gorjeous 6-3-2025 02:50 PM
Betullll!
Quote kepompong 6-3-2025 04:34 PM
Shayang replied at 6-3-2025 10:22 AM
Aku tau retis sendiri pun muak tgk zaman skrg semua mende org nak share kat public
Yele kan mana la  ...

Hahaaa yg dpt kamben bakar tu bukan level minyak senyonyong scammer
Quote DeLuna85 6-3-2025 08:56 PM
Ternampak video lama dia dekat fb ke tiktok tak ingat. Cantik.
Quote soy_beans 6-3-2025 08:59 PM
Baby tu sbijik muka mak dia
Quote ayukpingu 7-3-2025 10:03 AM
motif nak bagitau semua kenapa ek? nak cakap dia perempuan yg terpaling mulia hati ke? minta dipuji? simpan cerita kau..kalau penyondol dengar ni, diaorg lah yg akan happy statement camgini
Quote Cekla 7-3-2025 10:13 AM
tgk jugak separuh smlm..dok ckp jenis tak byk cakap....eh dlm live tu tak henti2 bercakap
Quote manehnya 7-3-2025 10:13 AM
tah sapa nk amik tahu hal rumah tangga komeng tu, koman je pun, belakon pun suam2 .. tak ensom plak, tua kertu lg..  

lainla cekcadik.. ensem, muda, byk duit.. hikhik
Quote Cekla 7-3-2025 10:13 AM
tgk jugak separuh smlm..dok ckp jenis tak byk cakap....eh dlm live tu tak henti2 bercakap
Quote manehnya 7-3-2025 10:14 AM
ayukpingu replied at 7-3-2025 10:03 AM
motif nak bagitau semua kenapa ek? nak cakap dia perempuan yg terpaling mulia hati ke? minta dipuji? ...

ada ke yg selera ngan laki koman dia ni
Quote ayukpingu 7-3-2025 10:44 AM
manehnya replied at 7-3-2025 02:14 AM
ada ke yg selera ngan laki koman dia ni

entah la nok..nak kata berduit, bini yg carik duit.
nak kata hensem, serabai jer ruper nya

Quote kepompong 7-3-2025 11:01 AM
ayukpingu replied at 7-3-2025 10:44 AM
entah la nok..nak kata berduit, bini yg carik duit.
nak kata hensem, serabai jer ruper nya

Buat cerita tu salah 1 cara “cari duit” yach
Quote manehnya 7-3-2025 03:18 PM
ayukpingu replied at 7-3-2025 10:44 AM
entah la nok..nak kata berduit, bini yg carik duit.
nak kata hensem, serabai jer ruper nya

nak attention je tuh.. gigih naw.. cringe bangett
Quote Purplehaz 7-3-2025 05:23 PM
Biar le org nk cari publisiti
Kan Media mmg lapar cite2 gitu
Quote Prickford 7-3-2025 05:28 PM
Dah la si Nilam tu berlakon pon gred C. Bini retis level pon gred C. Sembang mcm popular sangat.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.059850 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top