Seorang lelaki bertindak mengambil nyawa sendiri selepas kecewa apabila mendapat tahu teman wanitanya menyembunyikan status perkahwinannya.
Mangsa, Abhishek Singh, 40, dari Chennai, India ditemukan tidak bernyawa di sebuah rumah tumpangan selepas memuat naik video di media sosial, menuduh wanita itu merahsiakan status serta meminta wang daripadanya.
“Saya tidak tahu dia sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Dia telah menghancurkan hidup saya,” katanya dalam video tersebut.
Singh turut mendakwa wanita itu, Monika Sihag mengugut untuk melaporkan kepada majikannya jika dia tidak memberikan wang.
Menurut polis, Abhishek kecewa selepas mengetahui kebenaran tentang wanita yang dikasihinya.
Abang kepada mangsa mendakwa Monika menolak untuk berkahwin dengannya serta mengambil wang berjumlah Rs 10 lakh hingga Rs 15 lakh (RM56,000 hingga RM84,000) daripadanya.
Pada Sabtu, Abhishek memuat naik video menuduh Monika bertanggungjawab atas penderitaannya sebelum ditemukan mati di biliknya.
Polis bahagian Karnataka membuka kertas siasatan susulan kematian lelaki berkenaan.
Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah salah, malah berdosa dalam Islam.
Oleh itu, semua pihak terutama umat Islam perlu menjauhinya.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|