CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azad Jazmin banyak diam sejak terpalit kontroversi, isteri minta jangan bersedih lama-lama

7-3-2025 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13000| Komen: 16|Original author: tatod

images.jpg


SEJAK terpalit dengan kontroversi mempersenda agama lain, penyampai radio Azad Jasmin lebih banyak mendiamkan diri berbanding kebiasaan.

Isteri Azad yang juga pelakon Eira Syazira, 41, bagaimanapun berkata, suaminya itu berada dalam keadaan baik dan meminta peminat tidak bimbang dengan keadaannya.

Sebaliknya Eira percaya suaminya insan terpilih sehingga perlu berdepan ujian berat pada bulan mulia.

"Jangan risau, Pak Azad baik-baik sahaja. Kalian semua doakan sahaja.

"Saya minta dia sabar, tenang dan responsnya hanya diam. Jangan lama-lama berduka lara sebab Allah ada.

"Tak mengapa, lagi orang caci maki dan hina, lebih banyak barakah yang dapat pada bulan Ramadan ini. Orang terpilih sahaja Allah uji untuk menghadapi ujian sebegini," katanya.

Eira berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Eira mendedahkan dia dan anak-anak turut terkena tempias dengan kontroversi membabitkan Azad.

Bagaimanapun kata Eira, dia kekal tenang kerana yakin berada di pihak benar selain percaya Allah SWT sentiasa ada bersama mereka.

"Saya dan anak-anak juga terpalit sama, agama kami dihina tapi saya membalas dengan emoji hati.

"Saya tak marah mereka sebab saya tak bersalah... Hanya senyum dan ucap Alhamdulillah semuanya tenang sahaja," katanya lagi.

3030882.jpg


Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib tiga penyampai berkenaan.

Malah pengikut berbangsa India turut memaklumkan menerima permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan tiga penyampai itu.

Pada Rabu, Azad bersama dua lagi penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad dan Radin dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan susulan penularan video mendakwa mereka mempersenda upacara agama lain.

Pihak Astro Audio pula dalam tindakan segera merehatkan ketiga-tiga penyampai radio tersebut sehingga siasatan kes selesai.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio iaitu pengendali stesen radio Era FM dan diberi tempoh 30 hari untuk memberi maklum balas.

Susulan itu, pihak Astro Audio mengambil maklum berhubung kenyataan dikeluarkan SKMM dan akan memberikan kerjasama penuh dan akan menyediakan maklum balas seperti diminta.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ^CUN_GILA~. 6-3-2025 08:34 PM
Laki ko gelek2 je.  Si haji tu yang pegi sebut.  
Quote che-cikL 6-3-2025 08:56 PM
Macamana yakin narr di pihak benar?
Memang laki tu terencat suka buat lawak bodoh. Yg bini pun terpaling mudah terhibur. Galakkan lagi, galakkan, galakkan!
Quote Aneem 6-3-2025 09:03 PM
Yg ptt kena terminate jibil je.
Jantan ni tgh syok joget, dia yg gatai p sebut vel vel
Silapnya jantan ni teruskan jugak walau dah dengau jibil ulang2 sorakkan dia
Tp siapa jangka eh tgh syok joget
Kwn lak bikin onar
Quote SANKURIANG 6-3-2025 09:27 PM
Persatuan bini2 pelawak buat hal sudah bersuara. Ye la support la suami memasing. Hal ni kalau x post kat medsos, tentu mereka selamat…ni syok sangat post..so hadapla. Yg gelak pun terpalit sama…memang si JiBil tu yg terjerit2….tapi semua terkena.
Quote jambatannetizen 7-3-2025 12:27 AM
SANKURIANG replied at 6-3-2025 09:27 PM
Persatuan bini2 pelawak buat hal sudah bersuara. Ye la support la suami memasing. Hal ni kalau x pos ...

Bil itu mmg tak sensitif. B*doh. Tu pentingya edukasiiii
Quote LembingDayanti 7-3-2025 12:32 AM
bini dia buat live kemain angkuh.. takde rasa humble / merendah diri minta maaf bagi pihak husb ke.... dari aku kesian terus aku nak laki dia kena hukum hahahahhaha! tak caya tgk la kat tiktok bersepah live bini dia.
Quote Natrisyia 7-3-2025 10:36 AM
Mana tak kusut oiii …. Depa gaji DJ berapa puluh ribu, sekali kena mcm ni dh umur2 pun susah org nak ambil bekerja. Selagi tak settle susah hati…. Semoga yang terbaik buat anda bertiga. Nak ckap lebih tkt kena angkut. Mission balas dendam semua ni. Lepas ni tolong lebih berhati2. yg tukang post and record pun kena edit lebih banyak lepas ni.
Quote lasagna 7-3-2025 11:13 AM
elok laa diam membisu, kang berkutik mmg kena kecam laa lagi.
Quote cikus 7-3-2025 01:41 PM
Zaman la nie...bahaya....bodoh boleh direkod....
Quote Loyarcabuk 7-3-2025 02:32 PM
jambatannetizen replied at 7-3-2025 12:27 AM
Bil itu mmg tak sensitif. B*doh. Tu pentingya edukasiiii

Setuju....hj bil dari meletop gv & skrg 3 pagi era ..sama je ...lawak bodoh & tak pernah nmpk cerdik.

Buang je hj bil ni..




Quote zuriey 7-3-2025 02:33 PM
Ada yg suruh buka tabung milo sbb diorng kena gantung kerja myb tak de gaji
Koserrrrr
Tgk la bini masing2 kelek beg chanel gucci lv prada
P la jual semua harta2 ko
Quote bulalof 7-3-2025 03:56 PM
dah tua bangka pun perangai macam budak2 memperbodohkan diri semata2 nak undang tawa ramai.

buck up and grow up lah...
Quote Gokuuu 7-3-2025 10:56 PM
Galak sgt buat content berpaksikan watal ellgee bee tee duk joget sana sini.

Ingatlah tuhan tetap murka.
Jadi dia hantar pengajaran ats video ugama hindu yg kamu buat.
Jgn galak sgt.
Quote Gokuuu 7-3-2025 10:57 PM
Galak sgt buat content berpaksikan watal ellgee bee tee duk joget sana sini.

Ingatlah tuhan tetap murka.
Jadi dia hantar pengajaran ats video ugama hindu yg kamu buat.
Jgn galak sgt.
Quote bluebutter 8-3-2025 06:55 AM
Itu orang kata. Dalam hidup jgn semua benda nak buat lawak, terlebih gelak kelak binasa.

Bini dia sakan gak tak salahkan the hubby.
Mau tak termenung, kerja maybe elek.
Pengajaran for semua, jgn nak over melawak, bukan semua suka.
Cam kat opis, memula orang okay pakcik tu suka buat lawak, lelama orang cam malas nak berbual dgn dia, sebab semua Hal dijadikan lawak.
Contract tak sambung, Lega sikit I kat opis.
Quote Binodino 8-3-2025 07:02 AM
Member tu sebut vai, bukan vel.

Lirik lagu paqueta.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.228633 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top