CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul Ariffin nak bertaubat umur 40 tahun, tinggalkan banyak benda

7-3-2025 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15926| Komen: 18|Original author: Raline

za.PNG


Menganggap usia 40 tahun merupakan fasa kritikal baginya, pelakon Zul Ariffin berazam untuk melakukan banyak perubahan dan membuang segala tabiat buruk sebelum ini.

Zul atau Zulkifli Ariffin, 39, bagaimanapun enggan mendedahkan perubahan yang akan dilakukannya kerana mahu orang luar membuat penilaian sendiri.


“Banyak perubahan saya nak lakukan dalam hidup sebelum masuk 40 tahun, tahun ini paling kritikal bagi saya. Jadi, banyak benda kena ‘cut down’ (buang). Itu janji pada diri sendiri.

“Saya tak mahu orang cakap usia sudah 40 tahun tapi perangai tak berubah juga. Saya tak mahu jadi benda itu,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Zul juga memaklumkan yang sehingga hari ini dia masih belum mempunyai sebarang jawapan tepat berkenaan bila bakal menamatkan zaman bujangnya.


“Alhamdulillah ramai juga rakan seperjuangan sudah berkahwin, saya tumpang gembira. Sebenarnya saya juga tak mahu beri jawapan yang boleh menggores hati mana-mana pihak.

“Kalau pihak media tanya pun (tentang kahwin), orang cakap saya ‘sembang’ tapi memang masih tiada jawapan yang tepat sehingga hari ini,” ujarnya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 7-3-2025 01:30 PM
Tajuk elok dah tiber scroll bawah jog belanja paha pulak
Quote aina_shaira 7-3-2025 01:58 PM
Ada ke filem/drama dia yang bakal tayang ek? Last Tengok sheriff tahun Lepas kat wayang
Quote lasagna 7-3-2025 02:52 PM
woahhh pak haji, kemain lanja peha!
Quote jalfa 7-3-2025 02:57 PM
Amboi bulan pose belanja drumstick.kurus puasa acik porom...semoga abam joule tersembam didada aban dudaberhias
Quote bulalof 7-3-2025 03:45 PM
sembang currypuleyyyyyy.....
Quote Aneem 7-3-2025 04:25 PM
Lahh tahun depan la eh
Skrg ada masa joli katak dulu
Cocok bintang, bercucuk tanam
Taubat boleh tungguu
Mati pun boleh adjust masanya
Quote dua_chzy 7-3-2025 04:36 PM
Dah mula ghaso2 anxiety ka Zul.
Quote OsHiN_hOnEy 7-3-2025 04:44 PM
tak jadi pindah tanah ereb mcm yg dicanang dulu?
apa cerita biz vending machines kat sana

Quote cawanmilosuam 7-3-2025 04:44 PM
kesian acik gaya..
Quote intan20002 7-3-2025 05:11 PM
muda lagi dia e. ingtkan dah mid 40
Quote sharlenetexas 7-3-2025 05:44 PM
Yelah tu pak haji.


Quote caprisonne 7-3-2025 06:01 PM
Seluar.. mcm haremmmm
Quote Shayang 7-3-2025 11:40 PM
Weh zul ada org india muka dan suara mcm kau
Quote ezacbee 8-3-2025 02:02 AM
Zizan n zul siapa kawen dulu???


Quote Kuin-Kepam 8-3-2025 02:11 AM
Poyooo...nak berubah besok pun boleh brader. Semuanya di hati... ahgitheww!
Quote adelea 8-3-2025 09:54 AM
Taubat je laaa .. itu antara kau dgn allah
Tu pon nak kabo orang tepeng nihhhh
Quote Prickford 8-3-2025 11:28 AM
Tekejut tengok drumstik abe jul. Tapi geli aih peha besar2 gitu, mcm keras. Sekali lanyak, lebam2 badan haha
Quote downiey 9-3-2025 02:44 PM
kalau maut sampai dulu before 40 gimane bang jol. ahakz

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.077847 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top