CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panggilan telefon jiran selamatkan suami isteri

10-3-2025 01:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13997| Komen: 4|Original author: tatod

WhatsApp-Image-2025-03-09-at-12.08.58.jpeg


KEMAMAN – Panggilan telefon daripada salah seorang jiran menyelamatkan seorang wanita yang sedang sarat hamil sembilan bulan dan suaminya daripada terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh deret rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, Binjai di sini semalam.

Ahmad Zul Wafi Mohd. Sitara, 27, berkata, sewaktu kejadian pada pukul 7.30 pagi tersebut, dia dan isteri, Nor Athirah Che Hasan, 27, sedang nyenyak tidur di bilik tidur terletak di tingkat dua setelah selesai solat subuh dan sahur.

“Mujurlah saya tidak letakkan telefon bimbit dalam mod senyap. Saya terjaga daripada tidur sebaik terdengar deringan panggilan daripada jiran.

“Dia beritahu bahagian hadapan rumah saya sedang marak terbakar, saya yang terkejut melihat kepulan asap tebal dan percikan api mula menyelubungi rumah segera menggerakkan isteri bangun untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika Kosmo! di Taman Alam Perdana di sini hari ini.

Ahmad Zul Wafi berkata, dia memimpin isteri keluar dari rumah yang sedang marak terbakar menggunakan pintu belakang dan kebakaran tersebut telah memusnahkan dua buah kereta serta sebuah motosikal.

“Kami keluar sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan apa-apa termasuk persiapan menyambut bayi baharu. Apa pun syukur saya dan isteri selamat. Saya hanya memikirkan keselamatan isteri yang dijadual bersalin minggu depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-3-2025 09:07 AM
mOGA dipermudahkan urusan buat deme.. AAmin
Quote TeropongThaico 10-3-2025 09:48 AM
Innalillahiwainailahirojiun
Kesiannya dgn nak sambut baby dgn nak raya...
Semoga diberi kekuatan dlm mengharungi musibah
Quote swateng1 10-3-2025 10:56 AM
kebakaran tu mula dari rumah yang lain ke?
Quote gigahertz 10-3-2025 10:45 PM
Nasib baik dia parking kereta dia dalam rumah
dan kebakaran berlaku dalam rumah
jika berlaku kebakaran di kawasan bahu jalan
insuran susah nak claim.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.135542 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top