Pelakon Ashraf Muslim menitipkan pesanan kepada pelakon Azlan Komeng mengenai hasrat untuk berpoligami serta berbincang dengan baik bersama isterinya, Nur Nilam.
Memetik Kosmo, Ashraf berkata perkahwinan adalah perkara baik yang perlu dimulakan dengan baik tanpa ada permasalahan yang timbul.
“Apa pun keputusan dibuat biarlah harmoni. Benda baik harus dimulakan dengan baik, jangan perkara baik mula dengan tak baik supaya tiada kekhilafan atau kesan kurang baik selepas itu. Faham satu sama lain dan dapatkan keredaan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi orang sekeliling juga.
“Saya doakan sesiapa nak buat keputusan (berpoligami) atau apa-apa sahaja perkara dalam hidup. Berkahwin perubahan sangat besar, tidak kisah kahwin berapa atau bercerai. Fikir kesan dan cari solusi terbaik,” katanya.
Dalam masa sama, Ashraf turut menasihati kepada mereka yang ingin berpoligami agar tidak berkongsi secara terbuka terutama di media sosial sebaiknya antara suami isteri sahaja.
“Hal rumah tangga jangan uar-uarkan kepada masyarakat dan jangan aibkan antara satu sama lain. Dalam keluarga, kita perlukan kepercayaan, perkara tersebut susah nak dibina. Sekali rosak, susah nak dapatkan balik.
“Elakkan apa-apa kenyataan keluar dalam media sosial seperti hal dalam kain, isu periuk nasi atau cerita atas katil. Biarlah cerita antara suami dan isteri,” katanya.
Terdahulu, Nur Nilam menginzinkan Azlan untuk berkahwin lain kerana menghormati dan menyayangi suaminya, malah dia juga sudah bertemu dengan wanita berkenaan.
SUMBER: Kosmo, Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|