CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

IVF bantu wanita lanjut usia peluang hamil, namun bayi pramatang, sindrom Down antara risiko dialami

12-3-2025 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10592| Komen: 0|Original author: tatod

SMCV-1-1.jpeg


DENGAN perkembangan dan kemajuan dunia perubatan, hamil pada usia lewat bukan lagi menjadi perkara mustahil.

Data terkini menunjukkan bahawa wanita Malaysia melahirkan anak selepas umur 35 tahun meningkat daripada 20.8 peratus pada 2017 kepada 23 peratus pada 2022.

Secara tidak langsung, menjadikan Malaysia negara kedua tertinggi di Asia Tenggara, bayi dilahirkan oleh ibu usia yang lanjut.

Hal ini juga sedikit sebanyak didorong oleh inovasi perubatan dengan menggunakan kaedah IVF (In Vitro Fertilization) iaitu persenyawaan telur di luar badan menjadi harapan bagi pasangan yang menghadapi kesukaran untuk hamil.

Bagaimanapun, menurut Dr. P.Kannapan, Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Kesuburan merangkap Pengarah Klinikal Pusat Kesuburan di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor, terdapat beberapa perkara penting perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk hamil pada usia sedemikian.

3207526.jpg

Kannapan (tengah) bersama antara pesakit yang berjaya mendapat cahaya mata pada usia 42 tahun.

Kesihatan dan kesuburan

Kannapan berkata, antara cabaran utama dihadapi oleh wanita yang ingin hamil pada usia lewat adalah penurunan tahap kesuburan. Seiring peningkatan usia, jumlah dan kualiti telur dihasilkan ovari semakin berkurangan.

"Ini menjadikan kemungkinan untuk hamil secara semula jadi lebih rendah berbanding wanita muda.

"Risiko komplikasi kehamilan juga meningkat mengikut usia. Wanita yang hamil pada usia 40 tahun ke atas lebih cenderung mengalami masalah seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.

"Risiko keguguran dan kelahiran pramatang juga lebih tinggi berbanding kehamilan pada usia yang lebih muda," katanya kepada Majoriti.

Justeru, beliau berkata, rawatan kesuburan seperti IVF boleh menjadi pilihan terbaik bagi wanita yang mengalami kesukaran untuk hamil secara semula jadi.

Walaupun IVF membantu berjuta wanita mencapai impian mereka untuk menjadi ibu, kadar kejayaan rawatan tersebut tetap dipengaruhi oleh faktor usia.

"Wanita lebih tua mempunyai kadar kejayaan lebih rendah kerana kualiti telurnya yang semakin menurun," katanya.

rawatan-kesuburan-ivf-doktor.jpg

Persediaan awal

Bagi memastikan proses IFV lancar, mengurangkan risiko keguguran dan jangkitan penyakit genetik, para ibu dan bapa digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

"Kalau umur dah sampai 48 atau 49 tahun walaupun ada kitaran lain dan kedua-dua pasangan sihat, peratusan untuk mengandung adalah kurang dari satu peratus.

"Selain itu, ada juga risiko genetik sindrom Down dan keguguran sebanyak 30 hingga 40 peratus dalam usia itu.

"Jadi, penting untuk wanita faham untuk mempersiapkan tubuh badan mereka dengan buat pemeriksaan awal dan pastikan berat badan dalam keadaan normal.

"Untuk umur 35 ke atas, selepas enam bulan cuba secara normal sudah boleh buat pemeriksaan asas di klinik atau hospital," katanya sambil menambah bahawa pasangan tidak perlu menunggu lama sehingga lebih dua tahun untuk mencuba rawatan itu.

Beliau turut menyarankan agar para wanita yang mahu mencuba kaedah itu untuk melakukan senaman dengan kerap serta mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali sehari.

Selain mempersiapkan tubuh ibu, ia juga dapat memastikan kesihatan bayi di dalam kandungan.

GettyImages-151037416.jpg

Risiko austisme dan disleksia

Kannapan dalam pada itu menjelaskan bahawa terdapat juga sesetengah pasangan menggunakan kaedah itu untuk memastikan anak mereka tidak mendapat penyakit yang sama.

Namun, katanya, kaedah tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah sekiranya satu daripada pasangan atau kedua-duanya merupakan golongan autistik.

"Dari segi perubatan, ada yang tidak boleh. Autisme dan disleksia kita tidak boleh tolong.

"Sampai hari ini, kita pun tidak tahu genetik mana yang terlibat. Sebab kebanyakan doktor kanak-kanak beritahu bahawa banyak genetik yang berbeza setiap orang," jelasnya.

Oleh itu, beliau menyarankan agar ibu bapa yang berhajat untuk menggunakan IVF sebagai jalan untuk mengelakkan risiko jangkitan genetik mereka untuk tidak meneruskan rawatan.

Beliau bagaimanapun, menegaskan bahawa pasangan yang mempunyai penyakit lain seperti fibroid dan sebagainya masih boleh dibantu. — Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.495212 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top