Oleh : Fyruz Hanna Novel komponen sastera (KOMSAS) dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan 4 memilih novel "Pantai Kasih" sebagai novel pilihan. Namun apa yang dikesalkan oleh lelaki yang memuatnaik kisah ini Faiez Ali, didalam Facebook adalah bagaimana ia mendedahkan kisah cinta yang tak sepatutnya dijadikan nilai-nilai murni novel itu. Ini adalah sinopsis cerita tersebut.
Sinopsis Novel Pantai Kasih: SINOPSIS: " Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana. " (Sumber: bmspm.my) ------ Dalam cerita ini, ada doktor naik Porsche. Ada doktor naik Volvo 960. Ada doktor tinggal di kondominium yang macam hotel. Ada doktor miang suka menggetis dengan jururawat. Ada doktor psycho dan angkuh. Ada doktor yang sakit jiwa dan delusional. Ada doktor bercinta dengan doktor. Ada doktor nak bercinta dengan nurse. ------ Penulis juga membandingkan silibus novel Bahasa Inggeris Tingkatan 5 - Catch Us If You Can (CUIYC) (tahun lepas) dan Sing To The Dawn (STTD) (tahun ini) yang disifatkan sangat berbeza nilai yang disampaikan. CUIYC mengajar anak-anak untuk jadi tabah walaupun yatim disamping berdikari menjaga orang tuanya. STTD pula mengajar anak-anak supaya menghormati kelebihan kaum wanita disamping membawa suara kaum tani yang sering diperah pemodal kapitalis dan elitis nan tamak haloba. Jika ada pun pengajaran yang berbaloi dipelajari dalam novel Pantai Kasih ini adalah tentang bagaimana manusia jangan bergantung kepada manusia sebaliknya berserah kepada Tuhan sepenuhnya. Bagi mereka yang telah membaca novel ini, ramai yang kesal kerana terlalu banyak nilai tak baik yang terkandung didalam novel ini iaitu 1. Seorang doktor yang merogol, kerana umumnya tahu doktor seorang yang dihormati. 2. Seorang wanita muda yang minat akan lelaki tua (nilai cinta yang tak seharusnya didedahkan didalam sukatan pelajaran). Ada juga yang mempertahankan novel ini dengan mengetengahkan ketabahan wanita. Apa kata anda mengenai pilihan novel ini sebagai sukatan pelajaran tingkatan 4? Kongsikan bersama kami . -CARI Infonet. sumber: FaiezAliFB
|
7
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT