1. Berat badan bertambah Salah satu faedah puasa adalah membantu mengawal berat badan. Tetapi jika kita tidur selepas sahur, kalori yang belum sempat dibakar akan bertukar menjadi lemak. Ini bukan sahaja menyebabkan kenaikan berat badan malah membuatkan kita cepat lapar dan cenderung makan berlebihan ketika berbuka. Apabila kita terlalu lapar, kecenderungan memilih makanan tinggi lemak dan gula juga meningkat sekali gus menjejaskan manfaat kesihatan yang sepatutnya diperoleh melalui puasa. 2. Meningkatkan asid perut Tidur selepas sahur boleh menyebabkan makanan tidak dihadam dengan sempurna. Ini memaksa perut menghasilkan lebih banyak asid untuk melancarkan proses penghadaman. Akibatnya, kita berisiko mengalami pedih ulu hati, sakit perut dan keradangan pada esofagus. Jika dibiarkan berterusan, masalah ini boleh membawa kepada penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) iaitu asid perut melimpah ke esofagus dan menyebabkan ketidakselesaan berpanjangan serta kerosakan pada saluran makanan. 3. Sembelit Penghadaman yang terganggu akan menyebabkan makanan kekal lebih lama dalam perut dan meningkatkan risiko sembelit. Semasa berpuasa, tubuh sememangnya kekurangan air dan keadaan ini boleh memburukkan lagi masalah sembelit. Sembelit yang berpanjangan pula boleh menyebabkan buasir dan ketidakselesaan sepanjang hari sekali gus mengganggu fokus dan ibadah. Nikmat sahur bukan sekadar mengisi perut tetapi memberi tenaga untuk kita terus bertahan sepanjang hari. Jadi, elakkan terus tidur selepas sahur agar tubuh lebih bersedia menghadapi cabaran berpuasa. – RELEVAN |
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.130897 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.